Thursday, February 9, 2012

Projek 2012

Ini adalah jadual saya sepanjang 2012. Minta maaf kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan sahabat-sahabat.

SABTU


AHAD


14 JAN

SAM BBST



21 JAN

SMK DABB



28 JAN

SMK DABB



4 FEB




11 FEB

SMK JLN BUKIT



18 FEB

SMK DABB



25 FEB

SMK DABB



3 MAC

KLANA PETRA



10 MAC




17 MAC

SMK DABB



24 MAC


25 MAC

SAM BBST

31 MAC

SMK DABB



7 APR

SMK DABB



14 APR

SAM BBST



21 APR

SMK JLN BUKIT



28 APR

SMK DABB



5 MEI

SMK JLN BUKIT



12 MEI

SMK DABB



19 MEI

SMK DABB



26 MEI

SAM BBST



2 JUN




9 JUN

SMK DABB



16 JUN

SAM BBST



23 JUN

SMK DABB



30 JUN

SMK JALAN BUKIT



7 JULAI

SMK JALAN BUKIT



14 JULAI

SMK DABB



21 JULAI




28 JULAI

SMK DABB



4 OGOS

SMK DABB



11 OGOS

SMK DABB



18 OGOS


19 OGOS

HARI RAYA

25 OGOS




1 SEPT




8 SEPT

SMK DABB



15 SEPT

SMK DABB



22 SEPT




29 SEPT

SMK JALAN BUKIT



6 OKT

SMK DABB



Tuesday, January 31, 2012

Februari Muncul Kembali

Hari ini saya membelek FB. Meneliti komen rakan-rakan dan menyemak status mereka. Ada yang menukilkan lirik Februari:

"Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari

Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri

Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang aprut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini".




Hadiah hari jadi daripada Hassiba, Hassina dan Hannan.







Februari datang lagi. Awal-awal saya menerima sms daripada Shahida mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya. Tidak ramai yang tahu hari lahir saya yang sebenarnya. Orang yang pertama tahu ialah emak sayalah. Kedua adalah emak saudara saya Siti Aishah. Yang ketiga adalah isteri saya. tetapi dia pun tidak berapa yakin dengan tarikh ini. Selalu konfius, sama seperti tarikh perkahwinan kami juga. Saya mempunyai beberapa tarikh lahir. 1 Februari iaitu tarikh sebenar. 3 Februari tarikh pendaftaran rasmi dalam sijil lahir. 19 Muharram 1395 kalau dalam Tahun Islamnya.

Begitu juga ulang tahun perkahwinan kami. Dalam sijil nikah dinyatakan 23 Januari. Tetapi kenduri kahwinnya adalah pada 10 Februari. Kalau ikut Tahun Islam pula, hari kenduri kahwin itu adalah pada hari raya kedua. Tetapi best juga mempunyai banyak tarikh ni. Sekiranya saya terlupa dan isteri marah-marah kerana saya sering lupa tarikh, saya beritahu dia tarikh yang satu lagi. Memang saya bab-bab ulang tahun ini saya gagal sedikit. Sukar untuk hendak ingatkan apa-apa tarikh pun. Rancangan TV pun saya jarang ingat. Walau anak saya sekarang suka menonton cerita monyet cina, saya tidak pernah tahu cerita itu hari apa dan selalu lupa. Cuma semasa di Jordan dulu, saya selalu ingat satu cerita yang ditonton bersama Bed BOMBA, Fuad, Wahid dan angkatan-angkatan lain. Cerita itu tidak lain dan tidak bukan adalah Dream On (كما بالأفلام) pada hari Syisyi di TV Israel 1. Saya fikir ramai yang ingat cerita ini. Selain itu, memang saya lupa. Allah tidak mengurniakan ingatan yang kuat kepada saya berkenaan tarikh dan hari ini. Ingatan saya hanya boleh dipercayai kalau dalam bab tempat dan peta. Saya boleh ingat tempat walau saya hanya pernah pergi ke tempat itu dalam mimpi. Sungguh!




















Kad Hari Jadi daripada Hassiba dan Hassina


Saya mengucapkan syukurlah kepada Mark Zuckerberg kerana mencipta aplikasi tarikh hari jadi dalam Facebook. Dari situ saya tahu hari lahir kawan-kawan dan mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka. Setakat mengucapkan hari lahir apalah yang ada. Mungkinlah dapat meningkatkan penghargaan kepada individu. Namun kesannya cukup besar. Saya akui itu. Murid-murid saya boleh dijinakkan selepas diberi penghargaan dengan menghembus lilin dan memotong kek bersama mereka. Cuma seorang sahaja yang tidak berubah walau diberi kek, menghembus lilin dan menyuap kek dalam mulutnya. Hanya kerana sekepal pulut, dia bermusuh dengan saya sehingga kini. tapi dia bukan muridlah. Hanya yang mengerti dan menyaksi sahaja memahami tragedi pulut kuning ini. Yang menyejukkan hati saya apabila rakan-rakan memberitahu bukan tragedi pulut sahaja yang mencipta permusuhan, tetapi tragedi capati, tragedi tepung goreng, tragedi lemang dan perkara-perkara yang kecil-kecil pun boleh memarakkan api permusuhan. Saya berdoa semoga saya boleh berubahlah. Susahlah kalau saya menyangka saya sahaja yang betul dan orang lain salah belaka. Kalau yang cemerlang hanya seorang daripada lima, apa lagi yang hendak dibanggakan.

Sempena Februari ini juga, saya ingat kembali cerita Mustafa. Mustafa yang dihalau dan dicerai talak tiga oleh isterinya. Ramai yang ketawa dengan cerita saya itu. Mana mungkin suami dicerai oleh isteri. Dalam Islam mana mungkin berlaku. Melanggar fitrah dan juga hukum. Namun perkara itulah yang terjadi. Isteri menghalau suami dengan taburan garam benar-benar berlaku. Berlaku pula kepada orang-orang sekeliling kita. Juga kisah-kisah shahwat habis madu sepah dibuang. Apabila berkahwin hanya untuk bershahwat sahaja, sesudah bersiput babi, maka ditinggalkan begitu sahaja tanpa ada tanggung jawab apa-apa. Memang kalau hendak difikir, pendek umur dan semakin botak kepala yang sememangnya sudah jarang rambutnya ini.

Tahun ini saya menolak pelawaan untuk mengajar di masjid, berceramah sana sini. Ceramah sana sini pun, bukan siapa hendak dengar pun. Setakat melopong dan kemudian tidak ada apa-apa tindakan, saya hanya boleh mengira duit dalam sampul sahajalah. Kesannya tidak ke mana. Justeru, saya mengatur program membuat program berterusan bersama SMK Jalan Bukit, Kajang, SMK Dato' Abu Bakar Baginda dan SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Kira jadual saya penuhlah setiap Sabtu. Biarlah saya tidak rehat kerana rehat hanya membuat saya rasa ajal semakin cepat dan laju. Target saya memang gila dan tidak logik langsung. Bahasa Arab di SMK Jalan Bukit dan SMK Dato' Abu Bakar Baginda 100% A. Dan di SAMBBST pula saya target 150 orang A daripada 173 murid. 20 mendapat B dan 3 mendapat C. Saya mencabar diri saya supaya mencapai target ini. Insya Allah dengan bantuan Ustaz Zaki di Jalan Bukit, Ustaz Sakinah di Dato' Abu Bakar Baginda dan Ustaz Jamriah dan Ustazah Mahfuzah di SAM BBST, kami boleh buktikan bahawa Bahasa Arab seronok dan mudah dipelajari.

Bukan mudah untuk menukar pemikiran kita. Pemikiran qanaah tidak tentu pasal merupakan faktor penghalang kepada kejayaan. Saya pernah bertanya Ustaz Zul dari SBPI Gopeng tentang prestasi Bahasa Arab di sekolah beliau. Beliau menjawab: Teruk! Saya bertanya: Teruk bagaimana? Dia menjawab: Teruk kerana hanya 70% murid mendapat A. Saya juga pernah bertanya kepada rakan-rakan yang qanaah mereka setinggi Gunung Kinabalu. Bagaimana prestasi Bahasa Arab di sekolah anta? Beliau menjawab: Alhamdulillah. Tahun ini hanya 34 murid yang gagal. Sebelum itu? Sebelum itu 75. Nah! bagi saya 75 innalillah, 34 pun innalillah. Kita melihat sesuatu dengan perspektif berbeza walau data dan kisahnya sama. Seperti bertanya kepada sang suami: Berapa kali encik mengadakan hubungan seks dalam seminggu. jawapannya: Oh! Jarang sekali. Yalah jarang. Berapa kali. 3 kali. Apabila ditanya kepada isterinya pula: Berapa kali puan mengadakan hubungan seks dengan suami? Jawabnya: Amat kerap sehingga tidak terlayan. Kadang-kadang saya amat letih tetapi dia tetap mahukan. Saya hendak tanya puan berapa kali. Tiga kali jawabnya. Kita perlu berbincang untuk meletakkan sasaran kita agar kita dapat mencipta kejayaan dengan mengubah persepsi serta mempunyai pemikiran cemerlang.

Terdapat juga rakan-rakan yang mengatakan bahawa murid mereka bukanlah 5A untuk mendapat lurus A dalam PMR. Hasil pemerhatian saya di SAM Hishamuddin mendapati bahawa terdapat 9 murid mendapat 9A walaupun keputusan UPSR mereka hanya 3A. Terdapat 3 murid yang mendapat 9A walau UPSR mereka hanya 1A dan 2A. Ini menunjukkan bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. 5A atau berapa A pun boelh dibentuk untuk mendapat Lurus A sekiranya kita sedia belajar dan tahu selok-belok sepak terajangnya.

Tahun ini saya berazam untuk menerbitkan beberapa karya walau karya-karya sebelum ini tidak menjadikan saya kaya pun. Dipusing dan diberi alasan macam-macam oleh penerbit merupakan sebahagian asam garam hidup ini. Saya memakai falsafah saduran "Saya Menulis, Justeru Saya Hidup". Keseronokan diri dan penghargaan diri terasa apabila melihat nama kita terpampang di kedai buku Kinokuniya, MPH dan gedung-gedung kitabkhaneh. Cuba tanya Ustaz Yazid, apa perasaan dia selepas menerbitkan novel. Tentunya dia bangga lebih-pebih lagi boleh bergambar dengan gadis-gadis jelita yang cuba berdamping dengan penulis terkenal sepertinya.

Monday, January 23, 2012

Riddah: Beberapa Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Murtad ialah istilah yang diterima pakai di dalam bahasa Melayu yang
dipinjamkan daripada bahasa Arab. Perkataan ini berasal daripada kata
akar Radada yang bermaksud: menolak, pulang, tidak berfaedah
(al-Razi). Di dalam al-Quran, Allah Taala telah berfirman yang
bermaksud: Dan janganlah kamu kembali ke belakang kamu kerana takut
akan musuh. Maka jadilah kamu orang-orang yang rugi (al-Maidah: 21).
Dari segi istilah syarak pula, murtad bererti: keluar daripada Islam
dan menolak petunjuk serta hidayah daripada Allah Taala.

Dalil-dalil Bagi Kesalahan Murtad

Di dalam al-Quran, al-Sunnah, terdapat beberapa dalil yang boleh
dijadikan sebagai bukti mengenai Jenayah Murtad ini.


Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesiapa yang murtad daripada
kalangan kamu daripada agamanya, lalu dia mati di dalam kekafirannya,
maka amalan mereka menjadi sia-sia belaka di dunia dan di akhirat.
Mereka itulah penghuni-penghuni neraka. Mereka akan kekal di dalamnya
(al-Baqarah: 217)


Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang
menukar agamanya, maka bunuhlah dia (al-Syauka:ni).

Unsur-unsur Penting Di Dalam Kesalahan Murtad

Di dalam Jenayah Murtad, terdapat beberapa unsur yang perlu diteliti
sebelum sesuatu hukum dapat dijatuhkan.

Unsur Pertama: Keluar daripada Islam. Keluar ini bermaksud sudah tidak
percaya lagi dengan Islam sama ada dari segi kepercayaan di dalam
Syariat ataupun Kepercayaan. Keaadaan ini boleh terjadi melalui tiga
cara.


1. Murtad dengan perbuatan dan tinggalan.
2. Murtad dengan perkataan.
3. Murtad dengan I'tiqad.

Murtad Dengan Perbuatan Dan Tinggalan

Murtad dengan perbuatan ialah melakukan perbuatan yang diharamkan oleh
Islam. Perbuatan ini boleh ditafsirkan sebagai sengaja atau untuk
menghina, mempersenda Islam atau degil atau takabbur. Contoh-contoh
perbuatan seperti ini ialah sengaja mengunjungi tokong lalu menyembah
berhala, meletakkan al-Quran dan buku-buku hadis di tempat yang kotor
seperti di dalam tandas atau di dalam longkang, mempersenda isi
kandungan al-Quran dan al-Sunnah atau mempertikai hukum-hukum yang
terdapat di dalamnya. Selain itu, perbuatan menghalalkan benda yang
diharamkan oleh al-Quran dan al-Sunnah seperti menghalalkan perzinaan
dan meminum minuman keras.

Manakala tinggalan pula bermaksud: meninggalkan perkara-perkara yang
disuruh olah Allah Taala menerusi al-Quran dan al-Sunnah seperti
meninggalkan solat lima waktu sehari semalam, puasa, zakat dan haji
dengan menafikan bahawa perbuatan-perbuatan ini adalah wajib ataupun
mengatakan perbuatan meninggalkan tidak menjadi satu kesalahan.

Murtad Dengan Perkataan

Murtad kategori ini ialah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan
kekufuran. Contohnaya ialah mengatakan bahawa Allah tidak wujud,
mengatakan Allah lebih daripada satu, mendakwa ada tuhan lain selain
daripada Allah. Ini dari segi Ketuhanan. Dari segi kenabian pula
ialah: mendakwa menjadi nabi, mengikut dan membenarkan orang yang
mengaku menjadi nabi dan mengengkari para nabi, menolak khabar yang
dibawa oleh nabi seperti menafikan sebahagian al-Quran, kewujudan
malaikat dan hari Kiamat. Selain itu mengengkari dan menafikan Islam
atau mengisytiharkan diri keluar daripada Islam juga disifatkan
sebagai sudah terkeluar daripada Islam.

Murtad Dengan I'tiqad

Murtad dengan I'tiqad ini boleh berlaku apabila seseorang itu
mempunyai I'tiqad yang bercanggah dengan Islam seperti mendakwa alam
ini terjadi dengan sendiri dan tidak mempunyai pencipta, beri'tiqad
bahawa al-Quran yang dibaca oleh orang-orang Islam pada hari ini bukan
datang daripada Allah, mendakwa bahawa Muhammad S.A.W. bukanlah
pesuruh Allah dan mendakwa terdapat lagi Rasul selepas Rasulullah.

Namun begitu, perkara yang terlintas di hati semata-mata belum
dianggap terkeluar daripada Islam kecuali seseorang itu mengiklankan
secara nyata ataupun digambarkan kepercayaannya itu melalui tindakan.

Murtad Ketika Mabuk, Gila Ataupun Kanak-kanak Yang Belum Baligh

Di dalam hukum Islam, akal merupakan faktor penting di dalam
menentukan sesuatu hukum. Justeru, orang-orang gila atau mabuk atau
kanak-kanak yang belum baligh yang dianggap melakukan
perbuatn-perbuatan di atas tidak dianggap sebagai murtad.

Murtad Kerana Dipaksa

Ulama sependapat bahawa murtad tidak terjadi sekiranya seseorang itu
dipaksa murtad. (Lihat al-Zarqa:niy, al-Hatab, al-Kasa:ni, al-Syira:zi,
Ibn Hazem).

Allah Taala telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Kecuali
mereka yang dipaksa sedangkan hati mereka masih tenang dengan
keimanan.Namun, sesiapa yang merasa bahagia dengan kekafiran, maka ke
atas merekalah kemurkaan Allah (al-Nahl: 106).

Unsur Kedua: Berniat Jahat.

Niat jahat merupakan salah satu unsur yang
penting di dalam menentukan Jenayah Murtad. Ini bermaksud bahawa
seseorang itu sedar niatnya untuk murtad dan sendiri tahu akibat
daripada perbuatannya itu. Imam al-Syafei mensyaratkan bahawa ada niat
jahat di samping melakukan perbuatan kufur (al-Ramli). Ini bermaksud,
setakat perbuatan keluar Islam sahaja tidak mencukupi untuk disabitkan kesalahan
murtad. Sebaliknya perlu juga ada niat jahatnya untuk mendatangkan huru-hara dan mempengaruhi orang lain untuk murtad. Pendapat ini ialah sama dengan pendapat Ibnu Hazem al-Andalusi (Ibnu Hazem).

Namun begitu, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula memadai hanya
dengan perbuatan kufur tanpa disertai dengan niat jahat. Jenayah
murtad boleh disabitkan kepada seseorang yang melakukan perbuatan yang
boleh dianggap terkeluar daripada Islam walaupun dia tidak mempunyai
niat jahat. Perbuatannya itu boleh dianggap sebagai menghina,
memperlekeh dan mempersenda-sendakan hukum Allah (al-Zarqani, Ibnu
Abidin).

Dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa
seseorang itu boleh dianggap melakukan Jenayah Murtad sekiranya dia
bermain-main sekalipun dengan mengeluarkan kata-kata kufur (Ibn
al-Human, al-Bahuti).

Hukuman Terhadap Jenayah Murtad

Hukuman terhadap Jenayah Murtad ini dilihat dari perlakuan murtad itu
sendiri. Hukuman ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Hukuman Asal
2. Hukuman Alternatif
3. Hukuman Berbangkit

Hukuman Asal:

1. Hukuman ke atas Jenayah Murtad ini ialah bunuh. Sabda Nabi
Muhammad S.A.W yang bermaksud: Sesiapa yang menukar agamanya, maka
bunuhlah dia (al-Kasani).

Hukuman bunuh ini berjalan kepada sesiapa sahaja yang murtad termasuk lelaki, perempuan, tua ataupun muda. Namun Abu Hanifah berpendapat perempuan yang telah murtad tidak dikenakan hukuman bunuh. Sebaliknya dia hendaklah dipaksa memeluk kembali kepada
ajaran Islam. Sekiranya dia engkar, perempuan itu hendaklah ditahan sehingga dia kembali kepada Islam. Tahanan ini dikenakan sehingga dia kembali kepada Islam ataupun sehingga dia mati di dalam tahanan.

Beliau mengambil dalil daripada sabda Rasulullah S.A.W yang melarang
orang-orang Islam membunuh perempuan kafir ketika peperangan. Katanya:
Sekiranya kita dilarang membunuh perempuan kafir, lebih-lebih lagilah
perempuan Islam yang murtad. Hal ini demikian kerana bahayanya boleh
dicegah dengan menahannya sahaja. Manakala sebahagian besar ulama pula
mentafsirkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang mengatakan "barangsiapa
yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" sebagai umum sahaja. Tidak
kiralah sama ada perempuan atau lelaki, tua atau muda. Di dalam Nail
al-Autar, al-Syaukani menceritakan bagaimana Rasulullah telah meminta
seorang wanita yang bernama Ummu Marwan yang telah murtad supaya
bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, dia akan dibunuh.

Ulama-ulama ini mengatakan bahawa larangan membunuh perempuan di dalam
peperangan hanyalah semata-mata kerana wanita lemah dan tidak
bertenaga untuk berperang. Mereka mengatakan bahawa memang terdapat
juga wanita-wanita waja yang mampu berperang. Tetapi jumlah mereka
apalah sangat. Setakat bilangan kecil sahaja berbanding lelaki. Ini berbeza
dengan Jenayah Murtad. Kesannya terhadap masyarakat adalah sama dengan
kesan lelaki yang murtad.

2. Menyuruh Bertaubat:

Kaedah utama di dalam Jenayah Murtad ini ialah menyuruh bertaubat. Namun begitu, ulama tidak sepakat di dalam mendahulukan salah satu daripada kedua-dua hukuman ini.

Ada sebahagian ulama melihat bahawa perlu diberi tempoh bertaubat selama tiga hari
supaya bertaubat dan tidak harus dilaksanakan hukuman bunuh sepanjang
tiga hari tersebut (al-Zarqani, al-Syirazi dan Ibnu Qudamah).

Ada juga yang mengatakan bahawa menyuruh bertaubat ini tidak wajib. Sebaliknya
penyuruhan ini baik dilakukan (al-Syirazi, Ibnu Qudamah).

Kumpulan pertama berhujah menggunakan sanda Rasulullah bilamana didatangi
khabar bahawa Ummu Marwan telah murtad lalu baginda memintanya supaya
bertaubat. Sekiranya dia enggan, dia akan dibunuh. Bagi kumpulan kedua
pula, mereka berhujah menggunakan hadis yang mengatakan bahawa
"barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" tanpa menyebut
pun arahan untuk bertaubat.

Selain daripada itu, terdapat juga perbezaan di atara orang yang memeluk agama Islam lalu murtad dan yang sememangnya Islam lalu memurtadkan dirinya. Menurut ulama, sekiranya
dia tergolong di kalangan orang Islam lalu memurtadkan dirinya, dia tidak diminta bertaubat lagi. Dan bagi yang asalnya kafir dan memeluk agama Islam, dia diminta bertaubat dahulu kerana dia mungkin tidak tahu tentang murtad. Sekiranya dia enggap di dalam tempoh tiga hari,
maka dia hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh (Abu Zahrah).

Hukuman Alternatif:

1. Sekiranya tuduhan murtad telah digugurkan dan orang yang telah
murtad itu telah bertaubat, hukuman alternatif pula dilaksanakan
terhadapnya. Di antara hukuman alternatif yang boleh diambil kepada
penjenayah murtad ini ialah rotan, penjara ataupun membayar denda. Dan
seandainya seseorang itu berulang kali sangat melakukan perlakuan
murtad, maka hukuman yang lebih berat patut dikenakan ke atasnya
(al-Hattab, al-Ramli, al-Bahuti).

2. Bilamana hukuman asal telah digugurkan kerana terdapat larangan
seperti perempuan yang murtad ataupun kanak-kanak yang belum sempurna
akalnya, maka hukumannya ialah memaksa mereka bertaubat. Sekiranya
mereka engkar, hendaklah ditahan sehingga mereka bertaubat ataupun
sehingga mereka mati di dalam tahanan sekiranya mereka tidak juga
bertaubat.

Hukuman Berbangkit:

Terdapat dua jenis hukuman berbangkit:

a. Pertama: Merampas semua aset orang yang murtad.

1. Aset orang yang murtad akan kekal menjadi hakmiliknya. Tetapi
haknya ke atas aset tersebut digantung darinya sehingga dia bertaubat
ataupun mati di dalam tahanan. Sekiranya dia tidak bertaubat atau
dihukum bunuh, maka hartanya menjadi harta fai' kepada orang-orang
Islam (al-Hattab, al-Ansari, al-Bahuti).

2. Hakmilik aset tersebut menjadi hakmilik orang Islam sehinggalah
dia bertaubat (al-Kasani).

3. Segala pemilikan atas aset akan digantung selama tempoh dia
murtad. Kuasa pemilikan tidak tergantung, sebaliknya digantung
sehinggalah dia bertaubat dan akan dikembalikan selepas dia bertaubat.
Kuasa pemilikan itu terbatal sekiranya dia dibunuh kerana engkar, mati
di dalam kekufuran dan lari ke negara kafir (al-Kasani).

b. Kedua: Mengurangkan kuasa pemilikan terhadap hartanya

Seseorang yang telah murtad masih bebas mencari dan memiliki harta
dari sumber-sumber yang biasa. Namun begitu, dia tidak lagi berhak
memperoleh harta pusaka peninggalan warisnya disebabkan perbezaan aga
yang berlaku di antaranya dengan wrisnya yang Islam. Namun demikina,
hak pengurusan ke atas hartany menjadi kurang sama ada harta itu
didapati selepas murtad ataupun sebelum daripada dia murtad
sehinggalah dia dipastikan benar-benar telah kembali ke pangkuan
Islam.

Acara Dan Keterangan Di Dalam Jenayah Murtad

Pertuduhan di dalam Jenayah Murtad boleh dibuktikan melalui pengakuan
dan keterangan saksi. Namun begitu, bilangan saksi telah menjadi
perbezaan pendapat di kalangan ulama.

1. Imam Malik, Auza'I, Syafei dan Hanafi mengatakan saksi yang
diperlukan di dalam pembuktian Jenayah Murtad ini ialah 2 orang. Dan
saksi ini mestilah saksi yang adil (Ibnu Qudamah).

2. Ada juga yang mengqiaskan saksi di dalam pembuktian murtad ini
dengan penyaksian di dalam hukuman zina kerana menurut mereka kes ini
berkaitan dengan pembunuhan. Namun begitu, qias ini rosak kerana di
dalam kes pertuduhan zina yang bukan muhson (yang belum berkahwin) pun
memerlukan empat orang saksi sedangkan pertuduhan ini tidak melibatkan
hukuman bunuh. (h)