Tuesday, May 6, 2008

PENGURUSAN TINDAKAN DISIPLIN DAN HUKUMAN KE ATAS PELAJAR: SATU KAJIAN KES

1. PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses P&P dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian iaitu tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma sosial masyarakat.

Menurut Mohd. Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin boleh dikategorikan sebagai melanggar disiplin sekolah,maka pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957. Di dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Peraturan Sekolah 1959, ada menyebut mengenai hukuman gantung dan buang sekolah.

2. SINOPSIS KES

Dalam kes ini XXXXX merupakan bekas penuntut XXXXXX.

Beliau merupakan plaintif 1, sementara plaintif 2 adalah adiknya. XXXXX berumur 12 tahun adalah pelajar Tahun 6 manakala adiknya berusia sepuluh tahun, penuntut Tahun 4 di sekolah yang sama.

Mereka telah mengambil tindakan undang-undang melalui undangbapa mereka terhadap Guru besar sekolah itu yang merupakan Defendan 1.


Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai tudung tiga segi di sekolah. (peraturan sekolah agama tersebut pelajar diwajibkan memakai mini telekung)

Dalam penyataan tuntutannya, mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah setiap hari, mendakwa Guru besar pernah memberi surat kepada ibu bapanya supaya menukarkan sekolah kedua-dua plaintif atas alasan gagal mengikut peraturan sekolah dan Guru besar juga pernah mengetuknya dengan fail dan dimalukan semasa perhimpunan sekolah serta ditarik tudungnya serta digunting dan diaibkan oleh Guru besar perempuan sekolah itu.

Mereka dibuang sekolah kerana dikatakan telah melanggar peraturan sekolah dari segi pemakaian pakaian seragam sekolah tanpa diberi peluang membela diri dan membuat rayuan.

Hukuman buang sekolah tersebut telah diperintahkan hasil mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru besar.

3. OBJEKTIF KAJIAN

mengetahui tentang tatacara mengenakan tindakan dan hukuman yang betul ke atas pelajar .

memahami tentang prosedur perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman yang betul ke atas pelajar mengenalpasti tentang risiko-risiko yang akan dihadapi risikoberhubung dengan pendakwaan dan tindakan mahkamah

mengenalpasti langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh langkahpihak sekolah bagi menangani masalah disiplin

4. ISU-ISU PERUNDANGAN ASAS YANG RELEVAN

4.1 Kes pelajar yang melanggar peraturan sekolah

PUTRAJAYA 12 Julai ± Kes 3 orang pelajar dibuang sekolah kerana melanggar peraturan sekolah dengan memakai serban. Mereka mendakwa telah dibuang sekolah kerana degil dan memakai serban bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Etika pemakaian pakaian seragam sekolah termasuklah rambut pelajar (lelaki dan perempuan), kasut, tudung dan sebagainya. Pemakaian bagi pelajar muslim dan pelajar bukan muslim ada perbezaan. pelajar bukan Islam boleh memakai pakaian pinafore biru tua dan baju putih. Pelajar muslim pula digalakkan memakai tudung/telekung dan songkok untuk lelaki.

Pemakaian pakaian seragam sekolah ini telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan seseorang murid tidak boleh memakai pakaian yang menyalahi peraturan pemakaian seragam sekolah.

Perkara ini terkandung di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993.

Mana-mana pelajar yang gagal mengikut peraturan tersebut berulang kali akan dikenakan tindakan yang berlandaskan prosedur yang betul. Prosedur pembuangan murid diperjelaskan dalam Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968.

Hukuman pembuangan murid ini merupakan hukuman yang paling berat yang dapat dikenakan ke atas mana-mana murid yang didapati bersalah manabersabit dengan mana-mana larangan nyata seperti yang disebut di manaPeraturanPeraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959

Sekiranya keputusan menggantung persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak lain seperti Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh dicabar di mahkamah.

Hal ini kerana peraturan 4 dan 8 tidak menyebut Lembaga Disiplin Sekolah boleh mengambil tindakan sedemikian.

Keputusan untuk menggantung atau membuang murid adalah keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja.

Bagi mengelakkan tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di mahkamah, tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian yang teliti. (Mohd. Ismail Othman, 2006)

5. ISU-ISU PERUNDANGAN YANG BERBANGKIT

Berdasarkan kes yang diketengahkan terdapat beberapa isu perundangan yang berbangkit daripada kes berkenaan.

Antaranya ialah :

Adakah kegagalan pelajar memakai tudung tiga segi merupakan satu kesalahan disiplin?
Adakah tindakan guru besar mengetuk pelajar dengan fail, mengaibkannya semasa perhimpunan sekolah, menarik dan menggunting tudungnya merupakan satu kesalahan? Adakah perbuatan guru besar membuang pelajar tanpa memberinya peluang membela diri melanggar Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959?

6.
6.1 APLIKASI UNDANG-UNDANG YANG UNDANG RELEVAN
Pemakaian Pakaian Yang Melanggar Peraturan

Fakta Kes

Dua orang pelajar telah dihalau dari sekolah kerana telah melanggar peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah.

Kedua-dua pelajar tersebut telah dibuang sekolah hasil keputusan mesyuarat Lembaga Disiplin dan Guru besar sekolah tersebut yang mewajibkan semua pelajar perempuannya memakai mini telekung dan bukannya tudung tiga segi demi menjaga imej sekolah agama.

Isu Perundangan

Adakah kegagalan pelajar memakai tudung tiga segi merupakan satu kesalahan disiplin?

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992. KP(BS)8591/Jld.VI/(85) ±
Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar- Pelajar Perempuan Pelajar

Surat pekeliling ini menegaskan dasar dan peraturan Kementerian Pendidikan melarang mana-mana pihak mana mengenakan sebarang unsur tekanan ke atas pelajar-pelajar pelajar perempuan supaya memakai tudung atau mini telekung di sekolah.


Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya´. (SPI Bil. 3/1983)

Berdasarkan kandungan SPI Bil. 3/1983, murid-murid Bil. murid berkenaan tidak melanggar peraturan berkaitan dengan pemakaian tudung seperti mana yang terkandung di dalam surat pekeliling ini. ini. Tindakan guru besar ini telah melanggar garis panduan yang diberikan kepada sekolah, di mana pihak sekolah tidak ada sekolah, kuasa untuk membuat peraturan pakaian sendiri. sendiri. Tindakan guru besar ini merupakan satu bentuk paksaan, paksaan, sedangkan di dalam SPI Bil.3/1992 guru besar tidak boleh menguatkuasakan peraturan melalui paksaan dan tekanan terhadap pelajar.

6.2 Keperluan Mengikut Prosedur Mengenakan Hukuman Terhadap Pelajar

Fakta Kes

Guru besar bertindak mengetuk kepala 2 orang pelajar dengan fail, memalukan mereka semasa perhimpunan sekolah, menarik serta menggunting tudung mereka di khalayak ramai.

Isu Perundangan

Adakah tindakan guru besar mengetuk pelajar dengan fail, mengaibkan mereka semasa perhimpunan sekolah, menarik dan menggunting tudung mereka merupakan satu kesalahan?

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 KP(BS) 8591/Jld. 11(17) ±
Mengenakan Hukuman Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Murid

Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran Peraturan

Surat pekeliling ini ada menyebut tentang tindakan hukuman yang tidak sesuai dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua serta guruguruguru ke atas murid-murid.

Antaranya ialah :
i. mengetuk/menyekeh kepala serta memalukan murid mengetuk/ menampar, mencubit hingga lebam dan memulas telinga

ii. menampar,

iii. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga

iv. mencela, mendera seperti berlari keliling padang

v. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan

IMPLIKASI:

Implikasi-implikasi yang tidak diingini seperti merenggang hubungan baik antara ibu bapa dan guru serta pihak sekolah. sekolah. memberi kesan emosi yang negatif terhadap murid.

Plaintif boleh memohon untuk menyaman guru besar di bawah undang-undang Tort.

Undang-undang Tort adalah ;

i. mendatangkan kecederaan fizikal

ii. kecederaan bukan fizikal iaitu emosi/perasaan emosi/

iii. kemusnahan harta benda

iv. kehilangan harga diri/maruah dan nama baik diri.

Pihak defenden yang disabitkan kesalahan perlu membayar ganti rugi kepada individu yang mendapat kerugian akibat perbuatan defenden.

Perbuatan guru besar mengetuk kepala murid dan mengaibkan murid di khalayak ramai adalah dengan jelas telah menjatuhkan maruah serta harga diri murid.

Implikasi

Implikasi-implikasi negatif pada guru

i. Tanggungan peribadi
ii. Vicarious Liability
iii. Pelanggaran tugas mengikut Bab D (Perintah (Perintah Am)
iv. Surcaj di bawah Akta Acara Kewangan
v. Gangguan psikologi dan emosi
vi. Rekod perkhidmatan yang tercemar
vii. Kerugian pendapatan
viii. Hilang hak pencen
ix. Menjatuhkan maruah

6.3 Keperluan Mengikut Prosedur Pelaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman Yang Betul Terhadap Pelajar

Fakta Kes

Guru besar telah bertindak mengenakan hukuman Buang Sekolah ke atas pelajar tersebut tanpa diberi peluang membela diri dan membuat rayuan.

Tindakan tersebut dibuat setelah mengadakan mesyuarat dengan Lembaga Disiplin Sekolah

Isu Perundangan

Adakah perbuatan guru besar membuang pelajar tanpa memberinya peluang membela diri melanggar Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan PeraturanPelajaran (Disiplin Sekolah ) 1959?

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1968 KP8543(10) ±

Pembuangan MuridMuridMurid Daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang.

Murid yg dituduh diberi peluang membela diri

Hak ibu bapa membuat rayuan hendaklah diberitahu dengan jelas

Surat pertuduhan mestilah lengkap, jelas, tepat dan mengandungi lengkap, jelas, butiran berikut:
a) nama tertuduh/ no kad pengenalan/tingkatan tertuduh/ pengenalan/
b) waktu kejadian
c) tarikh kejadian
d) tempat berlaku
e) saksi-saksi yang bertanggungjawab
f) peruntukan peraturan 4 & 8 dirujuk bagi setiap kes
g) semua surat/dokumen pembuangan surat/ yang disampaikan ke Jabatan Pelajaran mestilah disertakan dengan dokumen bukti berikut :
i) Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib
ii) Rekod disiplin Murid berkenaan
iii) Rekod kaunseling murid berkenaan

7.0 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT BERKAITAN KES

7.1 Sebagai Guru Besar atau Pengetua

memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam pemupukan disiplin sekolah yang baik, sama ada melalui usaha baik, pentadbiran mahupun secara peribadi memahirkan dan memahami undang-undang dan peraturan-peraturan undangperaturanbagi mengelak daripada didakwa di mahkamah

perlu mengetahui dan melaksanakan dengan sewajarnya kandungan - Ordinan Pelajaran 1957 - Peraturan Disiplin 1959 - Akta Pelajaran 1961 - Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran

pekeliling yang perlu diketahui oleh guru besar atau pengetua dan guru-guru untuk tindakan disiplin ialah :

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1968 ±
Pembuangan Murid-Murid Bil. MuridDaripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 ±
Pelaksanaan Kuasa Bil. Disiplin dan Hukuman Di Sekolah. Sekolah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 ±
Mengenakan Hukuman Bil. Biasa Terhadap Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran Peraturan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 ±
Tatacara Mengenakan Bil. Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Pelajar

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 ±
Pemakaian Tudung/Mini Bil. Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Prempuan PelajarSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 ± Pakaian Seragam Sekolah Bil.

7.2 Sebagai Ibu bapa

Didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni nilaiyang cukup hendaklah mula disemai sejak dari kecil lagi.

Ibu bapa yang prihatin dengan lagi. perkembangan anak mereka haruslah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah dan mengikuti kemajuan anak-anak mereka agar anak mereka merasa dihargai oleh ibu bapa.

ZARINAH BT SALEM
NORAIDA BT NARAWI
http://www.scribd.com/doc/30739298/Pengurusan-Tindakan-Disiplin-Dan-Hukuman-Ke-Atas-Pelajar?secret_password=&autodown=txt