Monday, December 7, 2009

Sigmoid Sinus Thrombosis

Berikut adalah keterangan daripada rakan aku yang bijak bistari. Bukan macam aku yang lari separuh jalan ketika di SMAP. Dia belajar di SMAP sampai habis dan jadi doktor pakar sekarang. Terima kasih Faraheen. Aku postkan maklumat ini sebab ada juga pembaca blog ini yang tidak mengadd aku sebagai friends mereka di dalam facebook. Moga-moga penjenguk blog ini memahami apa yang dialami oleh Ustaz Arman. Doakan agar beliau segera sembuh.

Utk apa juga stroke, sama ada disebabkan oleh penyumbatan salur darah atau pendarahan akibat pecah salur darah; biasanya doktor akan meletakkan seseorg dalam keadaan "koma" kerana pergerakan dan proses eletrikal dalam otak yang banyak akan menyebabkan pembengkakan yang berbahaya. Bayangkan otak kita ini berada di dalam suatu ruang yg tertutup rapat... keterangan terperinci (tengkorak), jika berlaku pembengkakan, otak yang asalnya sesuai dgn ruang bahagian dalam tengkorak akan membesar saiznya (bagai span yang kering vs diserapkan dgn air). Tekanan otak akan menjadi tinggi, lalu semakin susah bagi darah yang dipam dari bahagian bawah tubuh (jantung) utk mengalirkan darah kepada otak. Jika otak berterusan tidak mendapat darah yg cukup, sel sel otak akan mati (jangka masa minimum bagi sel otak mati tanpa bekalan oksigen yg cukup adalah hanya dua minit). Oleh kerana tekanan otak yg tinggi, pembengkakan akan menyebabkan otak cuba mengisi padat ke segenap penjuru bahagian dalam tengkorak, lalu cuba mengisi pula 'lompong-lompong' tengkorak seperti bahagian soket mata, hidung, dan bahagian paling dasar tengkorak yang menyambungkannya tulang belakang. Bahagian bawah otak berfungsi antara lainnya namun amat penting adalah mengawal proses pernafasan kita. Jika otak 'tersembul' akibat pembengkakan ke dalam foramen magnum (dasar tengkorak), maka saraf yg mengawal pernafasan akan rosak lalu dapat menyebabkan kematian.

Jangka masa sedatif adalah bergantung kepada tahap pembengkakan pada otak. Minima 48 jam diperlukan dan sedatif akan dikurangkan sedikit demi sedikit utk menilai ransangan pesakit khususnya kepada kebolehan bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan, juga tindakbalas kepada sekeliling amnya. Jika, doktor berpuashati, pesakit akan dapat bernafas sendiri dgn bantuan oksigen kemudian dengan udara bilik (room air). Kemampuan ini ditentukan dengan mengukur kadar oksigen dalam darah. Pemeriksaan terhadap fungsi saraf melalui pergerakan dan pemahaman arahan akan dilakukan dari semasa ke semasa secara objektif utk menentukan prognosis (kesan jangka panjang) pesakit setelah strok.

Sigmoid sinus thrombosis adlh seperti yg telah Ustaz terangkan dalam update sebelum ini. Secara kasarnya, jika terdapat penyumbatan dalam salur darah tersebut, pakar bedah tidak cuba utk mengeluarkan ketulan itu kerana kedudukan salur darah yang sukar diakses, juga struktur salur darah yg berpintal. Selalunya, doktor akan memberi ubat anti-coagulant seumpama 'thinner' yg mencairkan gumpalan cat dan berharap ia akan membuka sumbatan tersebut. Pun begitu, ada juga kes kes yg dibedah mengikut kepakaran pakar bedah otak di sesuatu hospital dan kecanggihan alatan. Kesan jangka panjang bergantung kepada jangka masa thrombosis berlaku, kawasan otak yg terjejas dan keupayaan antibodi badan pesakit mengawal perkara lain seperti jangkitan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment