Saturday, January 16, 2010

Kursus Pendedahan Format Pentaksiran STAM








Sabtu, 16 Januari 2010: Hari ini telah berlangsung Kursus Pendedahan Format Pentaksiran STAM untuk guru-guru STAM SAM Bandar Baru Salak Tinggi. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Saiful Bahri Aspan, Penyelia STAM SAM Tunku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis. Beliau telah menyampaikan tentang kertas-kertas STAM serta isu-isu yang melibatkan guru dan murid.

Pada sesi petang pula, guru-guru mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri Abdul Kadir yang menyampaikan ceramah tentang peluang-peluang pelajar yang mengambil STAM untuk memasuki IPTA tempatan selain daripada memasuki Universiti al-Azhar, Mesir.

Selaku penganjur kursus, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya Tuan Pengetua, PK One yang turut hadir, PK Hem, PK Koku, guru-guru yang sanggup mengorbankan hari Sabtu hari bersama keluarga mereka. Tidak lupa terima kasih kepada taukeh kantin yang sanggup masak walaupun makanan yang ditempah hanya untuk 12 orang sahaja.

Semoga guru-guru mendapat gambaran yang jelas tentang STAM sama ada di dalam halatujunya, pentadbirannya, kaedah pnpnya serta isu-isu yang melibatkan STAM. Kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segala.

No comments:

Post a Comment