Friday, January 29, 2010

Penyelaras Tingkatan 6




Membersih puing-puing

Proses mengecat

Pengecat-pengecat profesional

Semasa mesyuarat guru pada 28 Disember yang lalu aku dilantiklah menjadi penyelaras T6. Aku terimalah seadanya tugas itu. Aku usahalah juga untuk menggalasnya walaupun aku tidak adalah pengalaman pun menjadi penyelaras apa-apa sebelum ini. Dahulu aku hanya menjadi guru tingkatan sahaja. Tidak ada tahun yang aku tidak menjadi guru tingkatan. Haru jugalah buku resit dan buku kedatangan aku kerjakan. Aku lakukan setakat yang Allah kurniakan kudrat kepada aku untuk lakukan tanggungjawab yang diberikan.

Bermula tahun ini dilantik menjadi penyelaras pula. Aku buatlah apa yang boleh aku buat. Aku lakukan apa yang aku tahu. Yang aku tidak tahu aku serahkanlah kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosaku disebabkan oleh kejahilan aku.

Bermula dengan membersihkan debu-debu bilik gerakan pelajar yang diubah suai menjadi kelas dan kemudian bersama-sama pelajar mengecat bilik darjah mereka. Aku rasa aku telah tunaikanlah amanah yang diberikan kepada aku. Yang penting murid-murid berasa selesa dan boleh belajar dengan sempurna. Terima kasihlah kepada insan-insan yang banyak membantu. Sesungguhnya aku tidak mampu menggalas tanggungjawab ini bersendirian. Muchas gracias mi amigos!

No comments:

Post a Comment