Sunday, October 30, 2011

Kisah Shahwat Lagi

Ada benda lain sebenarnya yang hendak aku catatkan. Bukanlah pasal shahwat ini. Tetapi setelah berpindah dari blog ke blog, dari forum ke forum, aku terjumpa sebuah forum tentang shahwat ini.

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Wallahualam...

Aku teringat kembali perbualan kosong aku dengan sahabat-sabahat di pejabat tentang kehidupan selepas mati. Aku pun bukan tahu sangat tentang hal-hal akhirat nanti. Siapa yang pernah pergi akhirat. Bak kata Dr M, apakah ada orang PAS yang telah mati kembali ke dunia memberitahu bahawa dia memilih jalan yang benar? Aku juga ada membaca tentang kehidupan selepas mati ini dalam buku al-Tazkirah oleh Qurtubi. Dan juga membaca pengkritik buku ini yang mengatakan bahawa tanda-tanda yang disebut oleh Qurtubi ini sebenarnya telah pun berlaku dalam zaman Abassiyah. Misalnya tentang kerajaan al-Sufiyaniyyah yang bakal muncul sejurus sebelum kiamat.

Sebelum kita berfikir tentang kiamat ini, mari kita fikir dahulu tentang hidup dan mati. Kenapa kita hidup dan kenapa kita mati. Antara keseronokan hidup adalah bershahwatlah. Tetapi bershahwat itu ada matlamatnya. Allah mencipta shahwat ini adalah untuk kesinambungan dunia. Manusia perlu bershahwat untuk melahirkan manusia. Supaya terus memakmurkan hidup dan dunia ini. Dan shahwat ini pula harus disalurkan dengan cara yang betul. Memelihara keturunan (Hifz al-Nasab) termasuk dalam Maqasid Syariah Islam. Justeru, tidak boleh bershahwat sekiranya belum diakadnikahkan.

Tetapi sesudah mati, apa gunanya shahwat ini? Adakah Allah memberikan lagi nikmat shahwat ini? Untuk apa? Untuk menambah keturunan dalam syurga? Ada juga yang berpendapat bahawa lelaki akan mendapat bidadari yang diinginkan. Terlintas sahaja di fikiran wajah jelitawati mana, maka muncullah bidadari tersebut di sebelah bersedia untuk bersenggama. Si isteri pula bagaimana. Dalam doa bulan Ramadhan pun disebut bahawa "bihuurin mutazawwijin" dengan diaminkan oleh para muslimat di balik tirai merestu para muslimin berkahwin dengan bidadari. Ideologi shahwat yang tidak terhenti ini boleh dilihat dalam Jamaah al-Arqam. Khadijah Aam yang sudah monopause itu pun masih menginginkan untuk bersenggama dengan Syeikhul Arqam di alam roh, bahkan menurutnya bersenggama di dalam roh lebih sedap dan nikmat lagi. Bersenggama di dalam roh tidak sama dengan bersenggama di alam yakin, kerana bersenggama di alam roh boleh dilakukan secara berjamaah pula.

Persoalan seterusnya adalah Maqasid Syariah. Sekiranya Maqasid Syariah itu adalah memelihara keturunan manusia di dunia, adakah maqasid itu juga berlaku di akhirat? Persoalannya begini. Zina diharamkan kerana untuk memelihara keturunan di dunia. Oleh itu, di alam akhirat nanti apakah maqasid syariah itu? Perlakuan shahwat pula merupakan nikmat Allah untuk meramaikan ummat sebagai khalifah di dunia. Apakah shahwat juga diperlukan di akhirat untuk meramaikan ummat di syurga pula?

Seterusnya adalah berkaitan dengan ahli neraka. Apakah kerana mereka itu menjadi ahli neraka, maka nikmat untuk bersenggama dilucutkan oleh Allah daripada mereka? Atau kerana mereka sudah puas bersenggama di dunia ini, maka mereka diharamkan nikmat itu ketika di neraka? Sekiranya mereka juga masih mempunyai keinginan shawat, dengan siapa pula mereka akan bersenggama?

Aku bukanlah ahli hadis. Jauh sekali ahli tafsir untuk memperkatakan hal ini. Sebenarnya dalam perbualan tersebut aku tidak menjawab pun persoalan mereka. Aku hanya melemparkan keraguan ini supaya mereka dan aku sama-sama mencari jawapan. Namun mengikut gerakan naluri aku, kehidupan di akhirat tidak boleh dikias dan dibandingkan dengan kehidupan dunia. Kehidupan dunia adalah untuk memenuhi kewajipan (daruriyyat), keperluan (hajiyyat) dan juga kehendak (kamaliyyat). Ketiga-tiga perkara ini dibutuhi oleh semua manusia. Untuk memenuhi kebutuhan ini, manusia perlu menghormati pemeliharaan agama, keturunan, harta dan jiwa orang lain supaya dalam pemenuhan kebutuhan tersebut kita tidak melanggar agama, keturunan, harta dan jiwa orang lain.

Manakala kehidupan di akhirat perlu dinilai dengan neraca yang lain. Aku harap ada sabahat-sahabat yang pakar tentang shawat di akhirat nanti dapat memberikan pendapat dan pencerahan tentang perkara ini.

Perkara kedua adalah tentang Tafsir, Hadis dan berbagai-bagai pendapat yang disandarkan kepada agama dalam internet ini. Apabila disebut tentang tafsir, hadis atau apa sahaja pendapat sama ada dari mufti, bekas mufti, tokoh penceramah selebriti TV, pakar kepala bana apa, semuanya perlu dibaca menggunakan ilmu yang sebenar dan dirujuk kepada sumber utama. Rajin-rajinlah membuka semula kitab hadis, tafsir dan juga kitab-kitab yang beribu-ribu naskhah di rumah. Aku sedihlah dengan rakan-rakan yang mula melelong kitab mereka di mudah.my kerana mereka berpendapat bahawa buku-buku tersebut hanya menyempit ruang mansion mereka sedangkan dapat digantikan dengan maklumat di internet.

Usahlah juga menjadi seperti pejuang-pejuang Islam yang berblog dalam alam maya ini. Kononnya mereka pejuang Islam, pejuang Hudud, pejuang Syariah Islam, tetapi ilmu Islam mereka tidak setakat mana pun. Ada juga yang mendakwa sebagai ulama, tetapi hanya mempunyai Phd dalam Persuratan Melayu. Bahkan yang menambah "Al" di pangkal nama mereka pun, hanyalah berkelulusan Kejuruteraan Elektronik dari UTM. Apabila tidak ada roh Islam sebenar dalam jiwa mereka, dan Islam mereka hanyalah Islam ikut-ikutan, jadilah mereka golongan "al-Tadayyun al-Manqus." Bahasa caci maki menjadi bahasa ratib dan zikir mereka. Mereka akan mudah melabel golongan oposisi mereka dengan pelbagai label jijik dan lucah dan maki hamun. Mereka jugalah yang menubuhkan NGO Islam kononnya dengan nama-nama Islam contohnya Ikatan Muslim Sedar, Golongan Islam Moden dan nama-nama Islam lain yang akhirnya berjuang dengan golongan perkauman seperti PERKASA. Kekurangan ilmu dalam memahami prinsip dan fundamental Islam menyebabkan mereka mudah terjerat dengan isu yang dimainkan oleh golongan oportunis.

Sunday, October 23, 2011

RESURGAM

"Alhamdulillah Rabbil 'Aalamiin ...".

Aku mendengar mukaddimah ucapan murid di atas pentas. Agak lancar juga. Tidak kusangka murid-murid seperti mampu mengungkapkan patah-patah perkataan Arab dengan baik. Aku terlewat tiba sedikit tadi. Ustazah Kamariah telah menelefon aku ketika aku berada di Simpang Bukit Katil. Aku pun tidak tahu di mana letaknya Sekolah Henry Gurney sebenarnya. Aku hanya memandu berdasarkan panduan peta yang aku cetak daripada Google.

"Aku hanya kenal ayah ketika berumur 13 tahun. Itu pun setelah emak aku kahwin lain. Tetapi aku tidak dapat menerimanya sebagai ayah. Mana mungkin aku hendak memanggilnya ayah sedangkan selama 13 tahun aku hanya tinggal dengan emak. Aku selalu dimarah oleh emak. Emak selalu berleter kalau aku balik lewat. Emak selalu memukul aku kalau aku balik lambat. Lalu aku tidak balik langsung. Dan ketika umur aku 13 emak aku kahwin. Dia paksa pula aku menaggil lelaki itu sebagai ayah. Mana mungkin aku memanggilnya sebagai ayah. Aku rasa janggal sekali."

Mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulutnya, aku terkenang diriku jua. Jalan hidup murid itu sama seperti jalan hidupku jua. Aku bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah memilih jalan yang betul. Emak aku dulu pun ada juga marah-marah pada aku. Aku ingat lagi pada suatu petang aku balik dengan mata merah. Dengan kulit kelarin berdebu kerana selut yang menyelaputi kulit sudah kering. Emak aku bertanya kenapa aku lambat. Aku diam sahaja. Dan akhirnya belakang aku jugalah yang berjalur dirotan dengan getah paip. Aku tahulah dia marah aku pergi berenang. Itulah yang aku ingat pun emak aku marah. Yang lain-lain aku rasa dia taklah marah sangat.

"Akhirnya aku join budak-budak nakal. Aku malas hendak balik rumah mendengar emak berleter. Aku benci melihat lelaki yang emak aku paksa memanggilnya sebagai ayah. Akhirnya aku ditangkap polis. Aku diperintah oleh mahkamah untuk dibawa ke sini. Dalam program ini, aku berterima kasih kepada ustaz-ustaz yang mengajar aku kembali mengenal Allah. Kecil sahaja dunia ini aku rasa. Kerdilnya aku di hadapan Allah. Aku mula belajar solat. Aku melihat diriku. Aku insaf. Emak! Aku minta maaf. Terima kasih kerana datang melihat aku pada hari ini. Ayah! Aku minta maaf kerana selama ini aku tidak dapat menerima kamu di dalam hidup aku. Aku hidup di dalam sekolah ini. Entah bila aku akan keluar. Kamu jagalah emak aku baik-baik. Doalah supaya aku dapat menjadi insan yang baik selepas keluar nanti. Ampunkanlah dosa aku, Mak, Ayah!"

Celaka! Air mata aku keluar. Aku sedih atau apa? Aku bersyukur atau apa? Ya Allah! Aku bersyukur kepadamu. Walau aku tidak punya ayah seperti budak itu, nasib aku agak baik. Emak aku hantar juga aku belajar ke Jordan. Supaya aku menjadi manusia. Aku tidak tahulah kalau aku mengikut perasaan dan membuat pilihan yang tidak betul, mungkin aku juga salah seorang penghuni sekolah ini.

Wajah-wajah penghuni di sini aku lihat ada persamaan. Insan-insan yang perlukan kasih sayang ibu dan bapa mereka. Ada di antara mereka yang kehilangan bapa disebabkan perceraian. Hidup dengan ibu, setakat manalah mampu mengawal anak-anak. Ada juga yang hidup dengan bapa. Tahu sahajalah bapa. Kalau dia tidak kahwin lain, pasti dia asyik marah-marah sahaja. Lebih-lebih lagi kalau air sudah mula bertakung dan meleleh keluar dari lubang telinga dan lubang hidung.

Itulah bilah-bilah kehidupan manusia. Aku merenung lagi nasib-nasib insan yang telah lama aku tinggalkan di sekolah yang pernah aku mengajar dahulu. Wajah-wajah yang semiotiknya hampir sama dengan penghuni Henry Gurney ini. Wajah yang banyak mengubah hidup aku pun. Aku mula belajar erti kesukaran pembelajaran selepas melihat mereka tidak tahu membaca walau berada di Tingkatan 3 semasa di SMK Air Merah dahulu. Izzatinaim, Khairul Azhar, Fauzi dan entah berapa nama lagi yang menyebabkan air mataku menitis tanpa aku sedar. Apa khabar mereka sekarang. Mereka berada dalam kedudukan itu bukan atas kehendak mereka.

Dalam hidup ini kita diberi pilihan. Dan seringkali ketika membuat pilihan, kita memilih mengikut nafsu yang dipengaruhi syaitan. Allah mewajibkan kita solat sehari semalam lima waktu. Di dalam perkara wajib itu pun kita boleh memilih lagi. Kita memilih untuk tidak solat lima kali sehari. Tetapi kita memilih untuk solat sunat hari raya dua kali setahun.

Menjadi guru ini bukanlah sekadar memindahkan maklumat yang sendat di dalam kepala otak kita kepada murid dalam kelas sahaja. Ilmu itu perlu disampaikan dengan cinta dan kasih sayang. Sebagai guru, kita seharusnya faham masalah mereka. Sekiranya mereka adalah insan yang kehilangan kasih sayang ibu, kita perlu menjadi ibu dahulu sebelum menjadi guru. Sekiranya mereka memerlukan kasih bapa, guru perlu menjadi bapa dahulu sebelum menjadi guru.

Tindakan disiplin yang keras yang hanya bertujuan untuk menghukum murid di sekolah aku rasa perlu dihapuskan. Sikap guru-guru yang masih lagi membawa rotan ke dalam kelas sepatutnya dihentikan. Bukan rotan yang harus dibawa ketika mengajar. Tetapi perasaan cinta dan kasih yang harus bersama-sama guru ketika mengajar. Akan hadirkah cinta dan kasih itu sekiranya guru hanya asyik berlumba-lumba membuat kerja luar, terpengaruh dengan MLM, menjelajah dari surau ke surau mengejar sampul dunia, berlumba kereta siapa paling mewah di sekolah. Sikap-sikap guru seperti ini akan menyebabkan ramai lagi murid yang bakal dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney ini.

"MALACCA: The symbol of the Henry Gurney School is an eagle rising out of a fire. This symbol aptly describes the school and its students.

Henry Gurney is, after all, not just any other ordinary school. It is a place where students spend "time" for juvenile delinquency.

When they leave the school compound, they should be reformed, having turned over a new leaf and ready to start a new chapter in their lives.


The Henry Gurney School for juveniles in Telok Mas here is a highly secured area, and the procedures there are similar to prisons throughout the country.

Before you enter the facility, you will have to leave belongings, such as keys and handphones, outside. But once you're inside, you are greeted by a layout not too different from other schools.

The grounds are well tended. Near the entrance, there is a replica of the A Famosa fort. Walk a few more feet, and one can see the Malacca Straits. Along the beach, there is a perimeter fence, and one will be instantaneously reminded of where they are.


The school hall looks just like those in normal schools. It is air-conditioned with the emblems of various states in the country pasted on the walls.

On a podium, however, are these words: Jabatan Penjara Malaysia (Prisons Department Malaysia). Below that is the school emblem.

The word Resurgam -- or Latin for "I shall rise again" -- is emblazoned on the school badge.


If one opens the school shutters, the illusion of normalcy will once again be shattered -- a 5.5m-high fence encircles the entire building.

Inmates of Henry Gurney School have committed various crimes.

However, because of their young age, under provisions made for them under the law, they still have the right to resume their education.

An inmate, 19-year-old Aminah, was sent to the school after she was caught associating with a group of motorcycle thieves.

But when she entered the school, she experienced a total change in lifestyle.

Her day began at 5am, when she would get up and bathe before performing subuh prayers with her fellow Muslim inmates. After that, there would be a roll call.

At 7.15am, Aminah and other inmates would have breakfast and leave for classes about 7.30am.

Lessons would start at 8am until about 1pm. At 2pm, the inmates would have lunch and pray. In the afternoon, study groups were organised to revise what they had learnt that day.

Aminah had earlier ran away from a Tunas Bakti Correctional school.

There are 27 girls in Henry Gurney School. Aminah was only 17 when she was sent here.

Now that her schooling is over, Aminah practises batik making at a workshop in the prison.

She obtained good grades for her Sijil Pelajaran Malaysia and will be furthering her education.

She will leave the school next year to start her diploma in civil engineering at a tertiary education centre in Pahang.

"I was quite happy to be selected to take the diploma in civil engineering. My dream was to become an architect, but I guess this is close enough," she said.

Another inmate, Darmendra, 17, was sent to the facility for a drug offence. He has been in for just eight months.

From a well-known school in the Klang Valley, Darmendra speaks immaculate Bahasa Malaysia.

He was abandoned by his parents when he was 4 years old and was taken care of by his uncle.

Perhaps, because of a lack of adult supervision, Darmendra started mingling with the wrong company.

By 16, he was already pushing heroin and earning between RM300 to RM400 per day.

"I spent most of the money having fun and enjoying myself with girlfriends," he said.

Of course, his life now is completely different.

He said he had now developed an interest in education, particularly Mathematics and English. And he is also playing the trombone in the school's brass band.

Another inmate, Ah Chai, was sent to Henry Gurney School after getting involved with a motorcycle theft gang. Before entering Henry Gurney, he was illiterate. But now, he is no longer so.

Ah Chai, who is from Johor, said he went to school until Year Six, but did not pick up reading and writing.

After he left school, he got involved with a group of youths loitering around in his neighbourhood. The group was part of a syndicate "specialised" in stealing motorcycles.

He was caught by police after he was involved in an accident riding a stolen motorcycle. He was charged and sent to Henry Gurney School.

Now, two years later, Ah Chai is reluctant to leave Henry Gurney.

"Here, you always have something to eat and when you are sick, there is someone to take care of you," he said.

But others still dream of the day they will walk out of the school gates.

Azmi, 20, is the head pupil of Henry Gurney. He carries the title Kapten and is an "old-timer" there, having been in since 2005.

He was sent there when he was 14 by court order. Now he aspires to be a police constable.

"It's been seven years, and I've outgrown this place. I hope to move on and live my life outside these walls."

Most continue their studies to tertiary level
THE academic performance of students in Henry Gurney School rivals that of many other schools in the area.
Chief inspector Azman Mat Yashim said many of the students from the school furthered their studies at universities and colleges.

The school also recorded 100 per cent passes in all subjects in the Sijil Pelajaran Malaysia examination recently, he said.

The school has 113 students and 19 teachers.

"We don't get second-rate teachers. All our teachers are those who want to work here. They want these students make a better life for themselves," he said.

In 2008, 12 students made it up to tertiary-level education. In 2009, there were 23. Last year, 13 students were accepted into diploma courses at higher-learning institutions.

"The teachers are very dedicated, although they face a challenge here. Many of the students never had an A or a B in their report cards before entering this school."

He added that the school tried to ensure that all inmates left the institution with at least two certificates -- one vocational and the other, academic.

"When they leave this place, they are fully reformed and parents should pick up from where we left off."

He added that society should also not look askance at these students and learn to accept them.

"We must give them a second chance."

How it all started
THE Henry Gurney School for juveniles in Telok Mas, Malacca, was officially opened by British High Commissioner Sir Henry Gurney on July 19, 1950, just a year before he was assassinated.
In 1947, an ordinance was passed that led to the creation of a juvenile court.

The first juvenile detention centre was opened in 1948 in Muar Prison and was known as the Advance Approved School. It had 50 students. These students were transferred to Telok Mas when the school was opened.

The Henry Gurney School sits on 15ha running along the Straits of Malacca.

It was originally based on the Dorstal system -- a method used to reform seriously delinquent youngsters in the United Kingdom.

The new building, built in 2009, can accommodate up to 800 inmates.

Besides Telok Mas, there are two other Henry Gurney schools in Malaysia in Kota Kinabalu and Keningau, both in Sabah.

In Malaysia, as with most parts of the world, the age of legal responsibility is 10 years. Children below the age of 10, no matter how serious the crime, cannot be held criminally liable.

This is because children below that age are considered to be doli incapax (incapable of crime) -- because it is thought that they do not understand the consequences of their actions.

Under Section 74 Act 611 of the Child Act 2001, children below the age of 14 cannot be sent to Henry Gurney School.

An inmate will be released from Henry Gurney upon these conditions:

- After getting a licensed release after serving 12 months with good behaviour, or offered to continue his or her studies, or receive a job offer, all with the approval from the prison director-general.

- After having served three years with good behaviour, recommended for release by his pegawai akhlak (welfare officer), teacher and school board with approval from the prison director-general.

- Upon reaching 21 years of age."

Sunday, August 21, 2011

Selamat Hari Raya

Memang seronoklah menyambut hari raya. Bagi sesetengah oranglah. Bagi yang belum ada tanggungjawab macam anak-anak aku mereka seronoklah hendak beraya. Bagi yang usia di penghujung-penghujung julai ini, lebih baik kalau tidak ada hari raya. Kerana hari raya membawa erti terpaksa mengoyak poket kiri dan kanan.

Bulan puasa ini derita bercampur duka. Beberapa peristiwa yang mengalirkan air mata aku. Pertama kematian yang menjemput teman sehadari, Kamal. Kamal adalah seorang insan yang amat baik. Beliau tidak banyak bercakap walaupun menyertai kelab sembang kami. Aku selalu jugalah membelek telefon N8nya. Sebab aku tidak mampu untuk memakai telefon hebat-hebat begitu. Keinginan aku aku lepaskan dengan membelek telefonnya.

Achai memberitahu aku Kamal kemalangan entah puasa ke berapa. Disebabkan kesibukan aku, aku tidak sempat melawatnya pun di hospital. Aku hanya tahu dia baik-baik sahaja bilamana Ustaz Zaki bercerita bahawa dia masih boleh minum ayaq preng di hospital. Dan aku terkejut bila Achai telefon aku mengatakan Kamal meninggal pada suatu pagi ketika aku berada di Subang. Aku bergegas pulang walau ketika itu aku ada kerja penting kerana kawan lebih penting daripada kerja aku pun. Aku mengunjungi Hospital Kajang ketika jenazahnya masih belum dibedah siasat. Aku memberikan penghormatan terakhir kepada beliau sebelum bergegas kembali ke Subang.

Kedua adalah kematian cerpenis dan novelis Azizi Haji Abdullah. Walaupun dia tidak mengenali aku dan aku pun bukan mengenalinya dalam bentuk hubungan luaran, namun hubungan roh aku dengan beliau amat mesra dan rapat. Aku mula mengenalinya dengan Seorang Tua di Kaki Gunung. Aku rasa novel itu cukup kuat. Aku tidak pernah belajar novel itu sebagai sastera wajib. Budak sekolah Arab macam aku mana ada subjek sastera. Tetapi minat aku kepada buku membuatkan aku membaca buku apa sahaja. Bukan tidak ada novel lain. Namun STDKG amat kuat mencangkam di dalam jiwa aku. Apatah lagi semasa aku tinggal di Kulim, aku sering merentasi Gunung Bongsu yang menjadi latar novel tersebut. Aku terus menjadi mesra dengan Azizi dan karya-karyanya.

Novel tersebut pernah dijadikan drama yang mana watak Tukyanya dilakonkan oleh Tamam Idris. Namun seperti kata Gabriel Garcia Marquez, novel yang difilemkan akan kurang kesannya. Aku masih suka mengulang STDKG sehingga kini. Bukan sebuah novel itu sahaja, terdapat cerpen-cerpen beliau yang kadang kala mencabar akal seperti Sami Mekong. Menceritakan kisah kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri. Anak perempuan pasangan tersebut bernama Rohani dipelihara oleh orang Melayu manakala lelaki dipelihara oleh orang Siam, lalu jadilah anak lelaki tersebut seorang sami yang bernama Mekong.

Novel-novelnya juga banyak menjadi koleksi aku di rumah. Ayahanda, Kawin-kawin, Sangeetha, Wi dan William dan banyak lagi. Terdapat sebuah novelnya telah mengubah hidup aku sebagai seorang guru. Memoir seorang guru mengajar aku supaya tidak lagi menjadi guru (muallim), tetapi seorang guru harus memahami masalah muridnya. Guru harus menjadi muaddib di mana watak-watak murid yang juling, yang tersungkap, yang tidak tahu membaca tetapi selalu menolong dan berjamaah di surau membuat aku benar-benar insaf bahawa guru tidak boleh menjadi pongah tidak tentu fasal.

Semoga Allah merahmati Allahyarham. Kesedihan dan kepiluan aku kepada kedua-dua insan ini membuatkan aku mula meghitung, bila detik kematian aku akan tiba. Supaya aku dapat bertemu pula dengan mereka di sana. Aku mahu bertemu dengan Tok Wan aku yang telah pergi. Aku mahu bertemu dengan Arman yang pergi tanpa sempat berpesan apa-apa. Aku mahu berjumpa dengan Allahyarham Pak Din, bekas DJ Radio Alor Setar. Aku mahu bertemu dengan Kamal. Aku mahu bertemu dengan Allahyarham Azizi di sana.

Raya akan tetap datang. Dan aku menghitung hari untuk blik kampung. Hendak mengharungi kesesakan lebuhraya satu hal. Apabila sampai di kampung kesesakan di kampung pun satu hal jugak. Tempat rehat yang terhad dengan sumber air yang terhad agak menyesakkan kepala apabila aku fikirkan.

Buat rakan-rakan, Selamat Hari Raya aku ucapkan. Ampun dan Maaf atas silap dan salah. Ampunkanlah daku sebelum aku ikut jejak langkah gemulah-gemulah yang telah pergi.

Tuesday, July 26, 2011

Pendidikan Bahasa Arab

Kenapa pendidikan? Bukan pengajaran? Sebenarnya ada perbezaan di antara pendidikan dengan pengajaran. Tetapi oleh kerana Saya yang menurut perintah, kita biarkan sahaja perubahan yang dibuat walaupun perubahan itu undur ke belakang.

Pengajaran adalah menyampaikan ilmu kepada orang lain. Matlamat pengajaran akan tercapai sekiranya maklumat daripada guru sampai kepada murid. Misalnya seseorang guru dikira berjaya sekiranya 2+1=2 yang diajar kepada muridnya dapat ditulis semula oleh murid tersebut. Bagi guru bahasa Arab pula, sekiranya muridnya dapat mengulang semula sapaan Sabah Khayr, pengajarannya dikira berjaya.

Namun pendidikan adalah perubahan sikap dan tingkah laku ke arah positif. Murid yang pandai membilang tadi tidak dikira terdidik atau matlamat pendidikan tidak tercapai sekiranya dia berjaya membilang hasil rompakannya seperti di dalam cerita Nujum Pak Belalang. Seseorang murid yang mempelajari bahasa Arab pula tidak dikira terdidik sekiranya tidak dihiasi dengan nilai-nilai yang baik. Atau menggunakan bahasa untuk menipu atau memaki orang lain.

Pendidikan Bahasa Arab memerlukan kaedah dan pendekatan pendidikan yang positif. Di dalam tulisan ini aku ingin menyentuh jugalah tentang kaedah-kaedah pengajaran bahasa Arab yang dilaksanakan di beberapa institusi pengajaran di negara jiran. Dengan kaedah paksaan, dendaan, latih tubi hingga pengsan hanya melahirkan manusia yang hanya bijak berbahasa tetapi tidak bernilai dari sudut kemanusiaan. Manusia-manusia yang dilahirkan menerusi sistem dendaan ini akan bersikap meninggi diri dengan memandang rendah kepada orang lain. Mereka juga sukar untuk diajak berkompromi, bekerjasama dan sukar pula menerima pandangan dan komen orang lain.

Sikap isti'la:' yang ditanam di dalam jiwa mereka hasil pengajaran berbentuk negatif ini membuatkan mereka memandang rendah kepada kebolehan orang lain. Di dalam psikologi sosial, sikap ini dipanggil tindak balas perilaku negatif. Di dalam tindak balas perilaku negatif, anak-anak yang sering dimarahi oleh ibu bapa atau keluarga akan membalas kepongahan itu kepada orang lain kerena mereka tidak berpeluang membalas kemarahan bapa mereka. Begitu juga murid yang didenda, dirotan, diancam, dicerca akan membalas cercaan itu kepada rakannya atau orang lain yang lebih rendah kuasa daripadanya. Sekiranya dia tinggal di asrama, perlakuannya akan dibalas kepada junior-junior atau pelajar-pelajar baru.

Selepas mereka membesar, mereka akan merasa terhibur dengan kesengsaraan orang lain. Tahap empati mereka kurang. Sekiranya mereka makan bersama-sama rakan, mereka tanpa rasa tanggungjawab sosial sanggup untuk meninggalkan meja makan menuju ke kaunter membayar untuk dirinya sahaja. Kesukaran yang wujud di dalam diri mereka membuatkan mereka tidak dapat menerima komen, masukan dan kritikan untuk memperbaiki diri mereka. Mereka melihat komen atau aduan atau maklum balas sebagai ancaman yang akan merendahkan martabat mereka, bkan sebagai peluang untuk membaiki diri sendiri.

Tetapi kurikulum bahasa Arab di Malaysia sudah jauh maju ke depan. Pendidikan bahasa Arab mensepadukan pengetahuan dengan pengisian nilai, penggunaan teknologi, pendidikan kendiri dan berkumpulan, kecerdasan pelbagai, kajian masa depan supaya murid yang mempelajari bahasa Arab dapat menjadi insan yang diterima baik di dalam masyarakat. Mereka tidak menjadi ancaman kepada ekologi sosial sebaliknya akan menjadi penyumbang ke arah keseimbangan dan kemakmuran masyarakat, biar di mana pun mereka berada.

Justeru, pendidikan bahasa Arab bukanlah hanya memperkenalkan mubtada dan khabar, pelaku dan objek, konsonan dan vokal, tetapi pendidikan bahasa Arab haruslah menyubur nilai yang baik di dalam jiwa murid agar menjadi insan mulia.

Sunday, July 24, 2011

Penghujung Julai

Di penghujung julai ini, buah-buah pun sudah semakin habis. Tidak galak lagi seperti penghujung Jun dan awal Julai yang lalu. Durian yang galak berbuah bertimbun-timbun di pasar malam sudah merendah bukitnya. Ketika ke Muar untuk melihat persembahan nasyid peringkat kebangsaan, memang banyaklah durian di tei jalan. Apabila balik ke Kedah baru-baru ini pun, satu bas mengikut rombongan terus ke Pendang makan durian di rumah Ustaz Zaki Husin. Aku tidak mengikut mereka pun. Sebabnya kerana aku ini hanya menunggu saat kematian dengan kencing manisku ini. Kalau ditambah dengan durian itu, lagi cepatlah aku bertemu dengan Tok Wan aku dan juga Ustaz Arman yang sudah lama pergi.

Peghujung julai adalah musim yang sunyi dan sepi. Kerja di pejabat pun sudah reda. Adalah kerja ad-hoc yang datang sekali-sekala dan boleh diselesai dengan segera. Tugas-tugas SKT sudah selesai dan berjalan menunggu buku besar ditutup. Yang tidak selesai adalah kehidupan ini dengan simpang dan siurnya.

Perkara pertama yang mendatangkan masalah kepada hidup ini adalah berkaitan dengan shahwat juga. Berbagai-bagai kisah shahwat yang menjadi punca porak peranda alam ini. Kalau shahwat itu tidak melibatkan orang lain, bershahwatlah. Tetapi kalau shahwat itu memusnahkan ekologi sosial, maka penyubur-penyubur shahwat harus berfikir semula agar ekologi sosial tidak terjejas. Malanglah andainya shahwat diutamakan dalam masa slogan rakyat diutamakan ini. Bapak-bapak dan ibu-ibu yang memetingkan shahwat lebih daripada kebajikan dan masa depan anak-anak lalu anak-anak gagal di dalam pelajaran. Pelajaran anak-anak terganggu sehingga merunsingkan guru-guru pula memikirkan masa depan pelajaran anak-anak mangsa shahwat ibu dan bapa.

Para penshahwat ini bukanlah calang-calang orang. Mereka ini ada juga di kalangan ulamak-ulamak. Di kalangan imam masjid negeri dan masjid negara. Di kalangan ahli-ahli majlis ugama islam. Di kalangan guru-guru dan guri-guri agama. Demi menjaga status agamawan mereka, mereka sanggup memaksa pemangsa shahwat mereka supaya menyembunyikan perkahwinan mereka. Mereka berpesan supaya pernikahan mereka di seberang jangan diwar-warkan kepada orang ramai sebab takutlah martabat mereka jatuh. Sekiranya diwar-warkan akan jatuhlah pula talak kepada isteri mereka yang dijadikan pelepas shahwat mereka. Apakah kerana sistem perkahwinan islam yang dilaksanakan di Malaysia ketika ini banyak membuka ruang untuk bershawat secara sembunyi-sembunyi. Banyak perkara yang perlu dilihat semula di dalam sistem perkahwinan ketika ini. Isteri-isteri yang ditinggalkan perlu juga bershahwat. Tetapi stigma masyarakat kepada golongan penshahwat yang lebih daripada satu ini menghalang mereka mengiklankan perkahwinan mereka walau dijalankan di seberang secara sah dan berakad-nikah. Walaupun di dalam Quran disebutkan bahawa perkahwinan adalah untuk menjaga kebajikan anak yatim, tetapi andai dengan anak yatim itu pun disorokkan perkahwinan yang dilakukan senyap-senyap di sempadan, berhikmat lagikah perkahwinan?

Tajuk shahwat ini memang seronok dibualkan. Ada orang yang sudah beranak sedozen dengan nama anak mereka pun sukar diingati bercita-cita menambah alat shahwat mereka. Aku pun suka juga shahwat-menshahwat ini. Kalau diberi peluang mahu juga menjadi ahli kelab penshahwat. Memang bolehlah berlaku adil di dalam giliran malam pertama malam kedua. Tetapi apakah keadilah itu hanya dari sudut keadilan melepaskan peluru shahwat sahaja. Di dalam kitab Iqna' pun hanya giliran shahwat sahaja yang dibincangkan. Namun, pernahkah dibincangkan keadilan dari sudut perasaan anak yang sukar menerima perlakuan shahwat bapa mereka. Apabila ditanya kepada anak-anak mangsa penshahwat ini, terdapat di kalangan mereka yang berkata: Ustaz! Sekiranya membunuh bapa yang asyik bershahwat ini tidak berdosa, mahu saya membunuh bapa saya yang asyik bershahwat dengan isteri mudanya dan membiarkan ibu saya berendam air mata. Sekiranya ini berlaku, harus lagikah bershawat dua, tiga atau empat?

Seolah-olah lelaki ini tidak ada kerja lain kecuali bershahwat sahaja. Begitu juga dengan tindakan kerajaan negeri Islam yang menggalakkan lelaki bershahwat. Mahu memberi insentif kepada sesiapa yang bershahwat lebih. Wakil rakyatnya pun ada yang bershahwat lebih naik mahkamah turun mahkamah. Tidak cukup dengan itu, diberi anugerah pula kepada Abang Jem kerana berjaya bershahwat dengan adil. Tanggung jawab kerajaan bukanlah membuka ruang shahwat kepada rakyat. Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. Membantu golongan lelaki di negerinya yang hanya mengulung kain supaya lebih bertanggung jawab kepada keluarga, menggalakkkan kebersihan rakyat. Tetapi taraf kebersihan negeri tersebut sama kotornya dengan tandas di negara Arab. Kalau rakyat hendak bershahwat lebih daripada satu, biarlah menjadi kehendak individu, bukannya mendapat galakan daripada kerajaan. Kerajaan sepatutnya mendidik ketua keluarga menjadi ketua yang bertanggungjawab kepada keluarga, bukan bertanggungjawab kepada shawatnya semata-mata.

Shahwat didahulukan. Cincin berlian diutamakan. Sekian. Terima kasih.

Tuesday, May 31, 2011

Buku Karangan Bahasa Arab PMR Baru


4000 naskah sudah terjual dalam tempoh 2 bulan. Sila pesan naskah anda sekarang untuk cetakan kedua. Hantar pesanan anda melalui e-mel kepada hasmadi@lycos.com.

Saya bersedia mengendalikan bengkel di sekolah-sekolah tentang bagaimana hendak menggunakan buku ini, selain daripada tips untuk Skor A Bahasa Arab PMR.

Bahasa Arab bukanlah subjek pembunuh seperti tanggapan banyak pihak. Cukup mudah untuk lulus dan mendapat A di dalam Bahasa Arab.

Tuesday, May 10, 2011

Dengan Siapa Lagi Aku Akan Ketawa?

[sms] Hai. Kenal sy lg x?

Aku menerima sms itu semasa mengambil selekoh di sebelah PICC. Dengan tangan sebelah aku cuba menjawab sms itu. Tapi aku gagal. Telefon aku yang jenis gosok cermin amat susah untuk menaip mesej dengan sebelah tangan. Aku cuba menghubungi nombor itu. Dua tiga kali aku dail. Dia tidak menjawab. Mungkin dia menyangka aku sudah tidak ingat dia lagi. Sebab itu dia malas menekan butang jawab. Aku berhentikan kereta aku di bawah jambatan ke Presint 16. Aku baals smsnya.

[SMS] Ismail. Kalau di kg org panggil Saad. Sapa nak lupa kat hang.

Aku tekan butang send. Aku cuba menelefon dia lagi. Dia masih tidak menjawab telefon. Dia marahkah pada aku? Apa yang telah aku lakukan sehingga dia tidak sudi mengangkat telefon. Fikiran aku ini sememangnya begitu pun. Mudah buruk sangka pada seseorang. Sudah puas aku cuba mencari alasan positif, alih-alih tanggapan negatif juga yang menerpa dan memenuhi minda.

Semasa aku mendapat surat pertukaran ke sini dahulu, aku beritahu Saad. Aku lihat wajahnya muram bagai dada langit mendung di waktu senja. Aku tidak tahu dia agak sentimental juga. Rumahnya di Taman Uda tempat aku menumpang sementara. Sementelahlah dia tinggal seorang. Anak dan isteri aku seminggu sekali aku jengah. Aku tinggal dengan Saad di rumah sewa itu setelah aku lari malam dari rumah sewa aku.

Rumah yang cuba aku sewa, silingnya nampak alang. Bilik belakang tidak berlampu. Kejiranan pun aku rasa tak sesuai dengan aku. Tidak hadari langsung. Lalu aku angkat bungkus pergi menumpang di rumah Saad.

"Kalau hang pindah, tinggallah aku seorang di rumah ini. Terus terang aku katakan, semenjak hang duduk dengan aku, aku banyak ketawa dari menangis. Aku belajar hadari dengan hang. Balik rumah, kita keluar makan bersama. Adalah juga aktiviti aku. Kalau tidak, balik rumah, aku duduk sendirian. Hanya gambar anak dan isteri aku menjadi tatapan. Semakin aku tatap, semakin lebat air mataku. Kalau aku tidak melihat gambar mereka, aku ... aku ... aku ..." Aku lihat air matanya meleleh.

Ketika itu aku sedang menggulung selimut toto yang juga berfungsi sebagai alas badanku untuk aku masukkan ke dalam kereta. Aku pun sebenarnya rasa sedih. Tetapi air mata jantan aku ini susah benar hendak gugur. Semasa Tok Wan aku memberitahu ayah aku meninggal dulu pun, setitis air mata pun tidak gugur. Begitu juga ketika Tok Wan aku meninggal pun. Mataku kering kontang. Aku susah hendak menangis di depan orang. Hatiku ini entah dari besi kursani atau dari kayu berlian yang keras kedekung.

"Saad, hidup mati, pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam" Aku ulang kembali kata-kata hikmat yang entah dari siapa itu. "Hari ini aku balik, tapi kita akan berjumpa lagi." Aku sambung lagi kata-kataku.

Memang aku suka melawak dan berjenaka. Aku suka kalau orang ketawa bersama-sama aku. Kadang-kadang melawak aku pergi menerobos jauh melewati batasan dewasa. Selalu melencong ke situ jugalah kalau mereka hendak tafsirkan pun. Majaz dan kinayahnya ke situ jugalah. Lalu akhirnya berderailah ketawa terbahak-bahak.

Di dunia ini ada bermacam jenis manusia yang berbagai-bagai nasib. Aku beruntung jugalah walaupun aku dahulu selalu bernasib malang. Seorang budak kampung yang miskin. Hendak hidup dengan harta pusaka, memang tidak bolehlah. Dua relung sawah peninggalan Tok Wan aku pun direbut bagaikan sekawan anjing berebut seketul tulang. Bergantung kepada nasib sahaja tidak boleh memajukan diri sendiri. Samalah seperti orang-orang yang memakai topi keledar menulis nombor damacai untuk mengubah nasib mereka. Adakah nasib mereka berubah? Aku berusahalah dengan sedikit ilmu yang Allah berikan dengan membantu murid-murid belajar Bahasa Arab. Aku tidak mengharap banyak pun. Cukuplah untuk membesarkan anak-anak yang semakin besar. Walau ada kalanya ditipu syarikat percetakan yang liat hendak bayar royalti walau sudah larut tarikh perjanjian. Memang itulah resmi duit pun. Semasa sedikit kita bolehlah berjanji untuk berkongsi. Tetapi apabila penuh poket, mereka merasa tidak sanggup untuk memberikan kepada orang. "Mereka menghimpunkan harta lalu menghitung-hitungnya (untuk berbangga kerana mempunyai harta banyak)."

Aku hanya menumpang di rumah Saad. Kisah sedih pilu Saad aku tidak pernah ambil pusing pun. Dia tidak pernah bercerita apa-apa pun kepada aku. Namun, adalah juga sampai ke telinga aku tentang kisah mereka. Semasa di Algeria dahulu dia berkahwin dengan Arab. Apabila tiba waktu dia perlu balik menyahut panggilan pertiwi dia pun baliklah bersama dengan mem Arabnya. Dua tahun di sini, memnya meminta izin untuk pulang ke Algeria. Dengan berat hati Saad membenarkan isterinya pulang bersama anak tunggal perempuannya. Kisah sedih pun berlakulah. Isterinya mengutuskan surat bahawa tidak mahu lagi pulang ke Malaysia. Kalau mahu meneruskan perhubungan, Saad mesti tinggal bersama-sama dengan mereka di Algeria.

Aku tidak tahulah apa perasaan Saad. Mungkin sama juga dengan perasaan aku. Sedangkan Arab-Arab di sini tidak mahu balik ke negara mereka, mengapa hendak tinggal di Algeria pula. Dengan persekitaran yang berdebu, jalan dan longkang tidak dapat dibezakan, penunjuk perasaan ditembak mati, nilai insaniah hampir ma'dum, mengapa perlu tinggal di sana.

Aku bersalaman dengan Saad. "Aku minta maaf, Saad. Sepanjang aku tinggal di sini, mungkin ada banyak perkara yang hang tak suka. Aku harap hang maafkan aku. Dan banyak juga yang aku tak boleh buat pun." Aku ketawa lagi.

"Apa yang hang tak boleh buat? Sebaliknya aku berikan kebebasan sepenuhnay kepada hang seperti Allah beri kebebasan kepada burung untuk terbang di dada langit." Aku lihat dia seperti terkejut. "Aku tidak pernah kata apa-apa pun. Hanglah yang banyak buat aku ketawa. Buat aku gembira. Aku tidak sangka aku pernah menghalang hang daripada melakukan sesuatu di rumah ini. Kalau ada maafkanlah." Saad bersungguh-sungguh memohon maaf daripadaku.

"Hang bukan Saiful Bukhari." Aku menjawab ringkas. Kah! kah! kah!

Saturday, April 30, 2011

Meningkatkan Harga Diri Insan Lain

Saya terus merenung jauh ke dalam. Saya merasakan idea yang saya cuba kongsikan bersama orang lain adalah baik. Namun mereka menganggap idea saya itu sebagai sampah. Saya renung lalu saya kembali sedar bahawa betapa pentingnya saya menghargai harga diri mereka dahulu sebelum mereka menghargai saya.

Harga diri orang adalah apabila anda berjaya membuat orang merasa percaya dan selesa pada dirinya sendiri. Cuba anda bayang tempat kerja yang penuh dengan iri hati, cemburu, kritikan yang membuat anda rasa terhina dan bersalah, hinaan yang boleh menghancurkan diri dan arahan ketua yang bukan bertujuan untuk membantu, tetapi lebih kepada menyalahkan diri anda. Pasti anda akan merasa tidak selesa dengan diri anda dan juga dengan tempat kerja anda. Dan pernahkah anda mendengar perbualan di sekolah atau pejabat di mana guru atau pekerja merungut kerana menerima pujian, penghargaan dan pengakuan?

Apabila menerima kritikan atau penilaian, seringkali kita merasakan kita dinilai dengan begitu hina sekali. Kita selalu mengadu bahawa kita tidak pernah mendapat penghargaan atas sumbangan yang kita lakukan. Kekurangan penghargaan inilah yang membuatkan guru mengambil keputusan untuk bertukar sekolah, pekerja bertukar pejabat. Guru-guru yang berpindah sekolah bukanlah mengharapkan gaji mereka naik, tetapi mereka mengharapkan agar tempat baru lebih menghargai usaha dan tenaga mereka.

Menyuntik kepercayaan diri pada orang lain akan menghasilkan kesan yang luar biasa. Manusia ada saat ceria dan berduka. Membantu orang-orang yang sedang berduka sehingga mereka mampu tersenyum dan ketawa menjadikan mereka merasa selesa dengan diri mereka. Sekiranya anda membantu mereka, mereka pastinya bersedia apabila anda meminta bantuan mereka.

Justeru, pujilah usaha rakan dan murid anda walaupun usaha mereka sedikit sahaja. Seseorang yang telah berusaha walaupun gagal berhak mendapat penghargaan. Mereka mungkin merasa kecewa dengan hasil yang diusahakan. Tetapi penghargaan anda dapat menjadikan mereka kembali bersemangat untuk melakukan usaha yang lain atau mengulang usaha yang sama. Ketika itu anda telah berjaya mengeluarkan mereka daripada lembah kekecewaan.

Bermula daripada saat ini, marilah kita mencuba untuk memberikan pujian kepada rakan-rakan dan juga murid-murid kita untuk melihat hasil yang bagus di dalam perhubungan kita dengan rakan sekerja ataupun murid-murid kita. Pujian boleh dilakukan dengan cara berikut:

- Memuji apabila diperlukan. Apabila anda memuji semata-mata untuk memuji, pujian itu telah kurang nilainya.

- Memuji seseorang di depan orang lain. Kritik seharusnya secara empat mata, manakala pujian haruslah diberi di depan umum.

- Mumuji dan menerangkan kenapa anda memujinya. Pujian sahaja tidak cukup. Cubalah memuji dengan pengatakan bahawa hasil kerja awak cantik, berfokus dan mudah difahami.

- Pisahkan di antara pujian dan kritikan. Apabila anda merasa seseorang perlu meningkatkan kualiti pekerjaan, janganlah memuji dan kemudian memberitahu bahawa dia sepatutnya melakukan yang lebih baik. Ketika itu, pujian anda tidak berguna lagi. Anda dilihat sebagai pelapik kritikan yang anda lemparkan padanya.

Namun, harus diingat pujian yang tidak tulus lebih buruk daripada tidak memuji. Ada orang yang menarik muka masam lalu berkata: "Kerja awak nampak hebat. Jarang orang melayu dapat buat macam awak." Yang sebenarnya kita tahu bahawa dia amat sinis terhadap kita. Pujian sebegini boleh memusnahkan hubungan anda dengan dia. Saat itu, dia mungkin berkata dalam hatinya: "Kalau macam ini, aku boleh buat seratus kali lebih baik daripada dia." Sekiranya anda sering memandang sinis kepada kerja orang, orang lain juga boleh memandang sinis kepada kerja anda. Sebaliknya, sekiranya anda sering menghargai seseorang walaupun dengan sedikit usahanya, pastinya anda akan mempunyai ramai rakan yang akan membantu anda.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah, disebutkan bahawa melakukan kerja yang kecil pun dapat meningkatkan iman seperti di dalam hadis: Membuang sekelumit ranjau di jalanan pun adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keimanan kepada Allah.

Thursday, April 28, 2011

Melihat Diri Dari Cerminan Orang Lain

Terdapat sebuah sekolah telah melakukan mesyuarat post mortem terhadap satu program. Pihak pentadbir meminta pandangan guru-guru tentang program yang telah dilaksanakan. Di dalam mesyuarat tersebut, pihak pentadbir tidak dapat menerima pandangan yang telah diberikan oleh guru-guru. Sekiranya pihak pentadbir membuat mesyuarat post mortem untuk program yang lain pula, adakah anda fikir guru-guru akan memberikan pendapat dan pandangan mereka?

Kita boleh merasa kecewa dengan kritikan orang lain. Kita mungkin terkejut dengan komen-komen yang diberikan. Mungkin juga kita senang, gembira apabila menerima pujian daripada orang lain terhadap sesuatu yang kita lakukan. Biasanya saya menyangka saya telah melakukan yang habis baik di dalam pekerjaan saya. Biasany saya menerima kritikan yang saya tidak pernah menduga.

Di dalam ceramah saya di Pulau Pangkor beberapa hari lepas, saya merasakan ceramah saya amat baik. Terdapat guru-guru yang meminta nombor telefon saya untuk mereka hubungi. Mereka mahu saya berkongsi dengan mereka pengalaman saya. Ada juga guru-guru yang meminta tandatangan saya di atas buku contoh karangan saya buat untuk membantu murid mengarang. Saya sedar buku itu banyak kesilapan ejaan pun. Di akhir ceramah, saya diminta pula untuk bergambar kenang-kenangan dengan mereka.

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset apabila saya membaca borang penilaian program. Terdapat komen dan kritikan pedas daripada para peserta. Mereka memuji penceramah pertama iaitu Ustaz Saudi dan membanding dengan saya. Mereka mengatakan dia memang layak mendapat guru cemerlang. Manakala saya disifatkan tidak berpengetahuan, tidak dapat memberi ceramah berguna. Isi ceramah saya dikatakan berlandaskan teori dan tidak boleh diaplikasikan di dalam kelas.

Adakah saya perlu berhenti terus daripada berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dengan guru-guru lain apabila menerima kritikan tersebut? Sekiranya saya berhenti, saya dikira mempunyai ketahanan emosi yang lemah. Saya ingin belajar daripada kesilapan saya. Saya perlu respon terhadap kritikan tersebut dengan cara yang benar.

Justeru, saya berterima kasih kepada peserta yang telah memberi kritikan kepada saya. Saya berterima kasih kerana meluangkan waktu dan usaha memikirkan kelemahan diri saya. Saya harus sedar walaupun saya amat terguris dengan kritikan tersebut, saya seharusnya menghargai bahawa guru-guru yang memberikan kritikan dan komen tersebut berhak memiliki persepsi masing-masing.

Saya insaf saya tidak harus membentengi diri saya dengan alasan. Saya juga tidak perlu memujuk diri saya mengatakan saya betul dan guru-guru yang memberikan kritikan itu benar. Yang salah dan yang benar tidak akan mendatangkan hasil di dalam soal ini. Kursus tersebut telah pun tamat. Mereka pun telah kembali ke sekolah masing-masing. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada mereka.

Saya menerima kenyataan bahawa saat saya merasa kecewa tidak perlu berpanjangan. Ya, saya amat sedih dan kecewa membaca penilaian mereka. Dan kini saya berusaha meningkatkan kecerdasan emosi saya. Kesabaran menerima kritikan lebih penting untuk menyedarkan diri saya bahawa saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya dengan cara yang berbeza.

Kepada para peserta di Pangkor tempohari, sekiranya anda merasakan kritikan dan komen anda pada hari itu tidak cukup dan anda masih ada sesuatu untuk anda katakan kepada saya, anda bolehlah meninggalkan komen anda di kaki coretan ini.

Esok saya akan memberikan ceramah kepada guru-guru Bahasa Arab Daerah Hulu Langat tentang Penggunaan Buku Teks. Saya berdebar menanti komen dan kritikan mereka pula.

Huk! Huk! Huk!

Saturday, April 23, 2011

Guru Yang Berkesan

Guru yang berkesan adalah guru yang menguasai kemahiran pengajaran seperti mengemukakan soalan, memberi respon kepada tingkahlaku, mendapatkan perhatian murid, memberi feedback, memberi ganjaran, menyampaikan pengetahuan.

Kajian dilakukan oleh Bennet (1972) menyimpulkan bahawa guru yang berkesan boleh dilihat daripada tiga bidang utama:
1. Hasil pembelajaran murid.
2. Pemerhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan.
3. Keperibadian guru yang terdiri daripada kekuatan visi, kemampuan akal, pengalaman, pencapaian akademik guru.

Ciri-ciri guru berkesan
1. Ciri kognitif: Pencapaian akademik guru, kekuatan minda, gaya pengajaran,.
a. Pencapaian akademik. Terdapat kaitan di antara pencapaian akademik guru dengan keberkesanan pengajaran mereka. (Simun dan Asher, 1964; Right dan Nuthall, 1970; Rosenshine, 1971).
b. Mempunyai ilmu yang luas serta prihatin. Ryans (1959) mengatakan bukan setakat pencapaian guru, tetapi keprihatinan terhadap sosial, sastera dan seni. Mempunyai kecerdasan verbal-linguis serta memahami budaya masyarakat.
c. Mengenali murid dan mempunyai maklumat berkaitan dengan murid. Kajian dilakukan oleh Hoyt (1955) dan Ojemann dan Wikinson (1939) mengatakan guru yang mengenali muridnya lebih membuatkan mereka cemerlang di dalam pembelajaran.

2. Personaliti guru
a. Kajian oleh Anderson (1959) dan Boynton (1934) mengatakan kanak-kanak lebih selesa belajar dengan guru yang lemah lembut dan penyayang. Ryans (1960) mengatakan guru pemaaf, berbincang tentang kesalahan murid, bukan menghukum mereka, menerima idea murid tanpa syarat menjadikan murid belajar dengan mudah dan tenang. Conin dan Gymp (1961) mengatakan murid yang mempunyai masalah disiplin dan suka bergaduh adalah disebabkan oleh guru yang selalu memberi hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan disiplin. Guru yang suka menghukum menyebabkan murid hilang rasa kasih sayang kepada sekolah manakala guru yang pemaaf, lemah lembut dan mempunyai kasih sayang kepada murid menyebabkan mereka menyayangi sekolah dan meningkatkan prestasi akademik.
Witty (1967) telah menyenaraikan sifat-sifat guru yang disenangi murid:
i. Suka membantu
ii. Demokratik
iii. Lemah-lembut
iv. Memahami perbezaan individu
v. Sabar
vi. Prihatin
vii. Suka berjenaka
viii. Adil dan tidak memihak
ix. Tetap pendirian
x. Prihatin terhadap masalah murid
xi. Fleksibiliti
xii. Memberi ganjaran positif
xiii. Mempunyai kompetensi super di dalam bidangnya.

3. Semangat guru: Kajian yang dilakukan oleh Mastin (1973), Rosenshine dan Furst (1973) mendapati bahawa semangat guru ketika melakukan proses pengajaran memberi kesan positif kepada penguasaan murid. Murid lebih mudah mengikut pengajaran guru yang melakukan aktiviti dengan semangat berbanding guru yang hanya melakukan syarahan atau meminta murid menyalin nota daripada papan tulis atau buku teks.

4. Unsur kemanusiaan: Guru yang bersifat kemanusiaan adalah guru yang lemah lembut dengan murid dan memahami masalah murid. Guru manusia adalah guru yang tidak mengambil tindakan terhadap murid sekiranya murid melakukan kesilapan disiplin. Sebaliknya guru manusia akan mencari punca murid melakukan kesalahan dan menyelesaikan masalah tersebut. Guru manusia adalah guru yang bertanya masalah murid kenapa murid tersebut lewat datang ke sekolah. Guru manusia juga tidak akan mendenda murid yang tidak membawa buku teks, atau gagal menyiapkan kerja rumah. Guru manusia akan membimbing murid untuk menyiapkan tugasan beliau dan meminta murid berkongsi buku sekiranya terlupa membawa buku teks. Kajian yang dilakukan oleh Morse (1961) menyatakan bahawa murid memerlukan guru untuk membimbing mereka ketika mereka melakukan kesilapan.

Friday, April 8, 2011

Wazan Jamak Taksir

Setelah beberapa siri ceramah kecemerlangan PMR, saya mendapati murid-murid sukar menukarkan kata singuIar kepada jamak taksir. Kemahiran ini penting mengenalpasti jantina kata jamak taksir dan ketika menukarkan nombor dalam bentuk perkataan (nombor 3 - 10). Saya pun mencarilah jalan penyelesaiannya. Dengan merujuk buku-buku sarf dan juga internet, saya membina jadual ini. Jadual ini masih dalam pembinaan. Diharap sesiapa yang ada menjumpai wazan lain dapat membantu memurnikan jadual ini untuk kebaikan murid-murid kita.

Jadual ini boleh digunakan ketika PnP dengan meminta murid menyenaraikan kata nama yang terdapat di dalam buku teks dan membandingkan dengan jadual ini. Mereka digalakkan mengkritik, membetul dan menambah maklumat baru yang mereka temui. Selamat mencuba.
















1.



أفعل

فُعُل

خضر

أخضر

صفر

أصفر





2.



فاعل

فَعَلَة

طلبة

طالب

كتبة

كاتب





3.



فاعل

فُعَّال

حراس

حارس

حجاب

حاجب





4.



فاعل

فُعَّل

ركع

راكع

سجد

ساجد





5.



فاعلة

فَواعِل

قوافل

قافلة

قوارب

قاربة





6.



فاعي

فعاة

قضاة

قاضي

غزاة

غازي





7.



فعال

KVKK

فُعُل

كتب

كتاب

سفن

سفينة





8.



فعال

فِعْلان

غلمان

غلام

صبيان

صبي





9.



فَعْلٌ

فِعَال

بحار

بحر

جبال

جبل





10.



فِعْلٌ

فِعَلَة

قردة

قرد

فيلة

فيل





11.



فَعَلٌ

VKK

فِعلة

فتية

فتى

صبية

صبي





12.



فَعْلٌ

أَفعُل

أعين

عين

أنهر

نهر





13.



فَعْلٌ

أفعال

أصحاب

صحب

أنهار

نهر





14.



فَعْلٌ

فُعُول

قلوب

قلب

صدور

صدر





15.



فعلاء

فَعَالى

صحارى

صحراء

عذارى

عذراء





16.



فعلة

فُعَل

غرف

غرفة

صور

صورة





17.



فعلة

فِعَل

نعم

نعمة

نقم

نقمة





18.



فعلول

KVKKK

فعاعيل

عصافير

عصفور

قناديل

قنديل





19.



فعيل

KVKK

أفعلة

أرغفة

رغيف

أفئدة

فؤاد





20.



فعيل

فَعْلى

جرحى

جريح

غرقى

غريق





21.



فعيل

أفْعِلاء

أصدقاء

صديق

أقرباء

قريب





22.



فعيل

فُعْلان

قضبان

قضيب

كثبان

كثيب





23.



فعيل

أَفَاعِل

أفاضل

فاضل

أكابر

كبير





24.



فعيل

أَفَاعيل

أناشيد

نشيد

أغاريد

غريد





25.



فعيل

فُعَلاء

شعراء

شاعر

عظماء

عظيم





26.



فعيلة

KVKK

فَعَائل

صحائف

صحيفة

سحائب

سحاب





27.



مفعال

مفاعيل

مفاتيح

مفتاح

مزامير

مزمار





28.



مفعل

مفاعل

منازل

منزل

مساجد

مسجد