Thursday, April 7, 2011

Kompetensi (2)

Posting ini adalah sambungan daripada Kompetensi

Selanjutnya, guru bahasa Arab perlu memahami ciri bahasa Arab dan perbezaannya dengan bahasa Melayu. Bahasa Arab tergolong dalam keluarga bahasa Semitik. Manakala bahasa Melayu pula adalah bahasa Polynesia. Justeru, terdapat perbezaan yang ketara daripada sutruktur nahu dan perubahan kata. Di antara perbezannya adalah:

1. Perkaitan dari sudut jantina di antara kata kerja dengan pelaku.
2. Perkaitan dari sudut bilangan di antara kata kerja dengan pelaku.
3. Perubahan jantina kata ketika singular dan plural.
4. Perubahan baris (dan juga bunyi) di akhir perkataan disebabkan oleh perubahan kedudukan.
5. Terdapat unsur-unsur nahu yang tidak terdapat di dalam bahasa Melayu.
6. Terdapat perbezaan konsep nahu di antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab.

Perbezaan ini menimbulkan kesukaran bagi murid ketika mempelajari bahasa Arab.

Selain daripada itu, tulisan bahasa Arab lebih komplikated daripada bahasa Melayu. Di antara ciri-ciri tulisan Arab adalah:

1. Bentuk huruf. Bentuk huruf berubah ketika di depan, di tengah, di belakang, ketika menulis huruf tunggal dan huruf sambung.
2. Huruf Arab mempunyai banyak titik, sedangkan huruf Rumi hanya terdapat dua huruf yang bertitik iaitu huruf i dan j (huruf kecil).
3. Vokal pendek dilambangkan dengan baris, manakala vokal panjang dilambangkan dengan huruf.
4. Penggandaan huruf dilakukan dengan tanda syaddah.
5. Terdapat huruf yang ditulis tidak dibunyikan, dibunyikan tetapi tidak ditulis, sebutan yang berlainan ketika pertembungan vokal tertentu.
6. Terdapat huruf yang sama bentuk dengan dibezakan oleh bilangan titik.
7. Ta terbuka dan ta terikat. Sedangkan ketika disusun abjad huruf Arab, ta terikat tidak disenaraikan pun.
8. Tanwin yang menggantikan bunyi nun di beberapa keadaan tetapi dituliskan dengan aliff.

Segala aspek kesukaran pembelajaran bahasa Arab ini seharusnya dikuasai oleh guru bahasa Arab kerana mereka bukan hanya memindahkan ilmu yang ada di fikiran mereka kepada murid, tetapi harus memahami kesukaran murid ketika mempelajari bahasa Arab.

Cukup setakat ini dahulu. Isteri di dapur memanggil aku untuk menggoreng nasi. Katanya bahan-bahan dah siap. Ok, sayang! I pergi sekarang.

No comments:

Post a Comment