Tuesday, July 26, 2011

Pendidikan Bahasa Arab

Kenapa pendidikan? Bukan pengajaran? Sebenarnya ada perbezaan di antara pendidikan dengan pengajaran. Tetapi oleh kerana Saya yang menurut perintah, kita biarkan sahaja perubahan yang dibuat walaupun perubahan itu undur ke belakang.

Pengajaran adalah menyampaikan ilmu kepada orang lain. Matlamat pengajaran akan tercapai sekiranya maklumat daripada guru sampai kepada murid. Misalnya seseorang guru dikira berjaya sekiranya 2+1=2 yang diajar kepada muridnya dapat ditulis semula oleh murid tersebut. Bagi guru bahasa Arab pula, sekiranya muridnya dapat mengulang semula sapaan Sabah Khayr, pengajarannya dikira berjaya.

Namun pendidikan adalah perubahan sikap dan tingkah laku ke arah positif. Murid yang pandai membilang tadi tidak dikira terdidik atau matlamat pendidikan tidak tercapai sekiranya dia berjaya membilang hasil rompakannya seperti di dalam cerita Nujum Pak Belalang. Seseorang murid yang mempelajari bahasa Arab pula tidak dikira terdidik sekiranya tidak dihiasi dengan nilai-nilai yang baik. Atau menggunakan bahasa untuk menipu atau memaki orang lain.

Pendidikan Bahasa Arab memerlukan kaedah dan pendekatan pendidikan yang positif. Di dalam tulisan ini aku ingin menyentuh jugalah tentang kaedah-kaedah pengajaran bahasa Arab yang dilaksanakan di beberapa institusi pengajaran di negara jiran. Dengan kaedah paksaan, dendaan, latih tubi hingga pengsan hanya melahirkan manusia yang hanya bijak berbahasa tetapi tidak bernilai dari sudut kemanusiaan. Manusia-manusia yang dilahirkan menerusi sistem dendaan ini akan bersikap meninggi diri dengan memandang rendah kepada orang lain. Mereka juga sukar untuk diajak berkompromi, bekerjasama dan sukar pula menerima pandangan dan komen orang lain.

Sikap isti'la:' yang ditanam di dalam jiwa mereka hasil pengajaran berbentuk negatif ini membuatkan mereka memandang rendah kepada kebolehan orang lain. Di dalam psikologi sosial, sikap ini dipanggil tindak balas perilaku negatif. Di dalam tindak balas perilaku negatif, anak-anak yang sering dimarahi oleh ibu bapa atau keluarga akan membalas kepongahan itu kepada orang lain kerena mereka tidak berpeluang membalas kemarahan bapa mereka. Begitu juga murid yang didenda, dirotan, diancam, dicerca akan membalas cercaan itu kepada rakannya atau orang lain yang lebih rendah kuasa daripadanya. Sekiranya dia tinggal di asrama, perlakuannya akan dibalas kepada junior-junior atau pelajar-pelajar baru.

Selepas mereka membesar, mereka akan merasa terhibur dengan kesengsaraan orang lain. Tahap empati mereka kurang. Sekiranya mereka makan bersama-sama rakan, mereka tanpa rasa tanggungjawab sosial sanggup untuk meninggalkan meja makan menuju ke kaunter membayar untuk dirinya sahaja. Kesukaran yang wujud di dalam diri mereka membuatkan mereka tidak dapat menerima komen, masukan dan kritikan untuk memperbaiki diri mereka. Mereka melihat komen atau aduan atau maklum balas sebagai ancaman yang akan merendahkan martabat mereka, bkan sebagai peluang untuk membaiki diri sendiri.

Tetapi kurikulum bahasa Arab di Malaysia sudah jauh maju ke depan. Pendidikan bahasa Arab mensepadukan pengetahuan dengan pengisian nilai, penggunaan teknologi, pendidikan kendiri dan berkumpulan, kecerdasan pelbagai, kajian masa depan supaya murid yang mempelajari bahasa Arab dapat menjadi insan yang diterima baik di dalam masyarakat. Mereka tidak menjadi ancaman kepada ekologi sosial sebaliknya akan menjadi penyumbang ke arah keseimbangan dan kemakmuran masyarakat, biar di mana pun mereka berada.

Justeru, pendidikan bahasa Arab bukanlah hanya memperkenalkan mubtada dan khabar, pelaku dan objek, konsonan dan vokal, tetapi pendidikan bahasa Arab haruslah menyubur nilai yang baik di dalam jiwa murid agar menjadi insan mulia.

Sunday, July 24, 2011

Penghujung Julai

Di penghujung julai ini, buah-buah pun sudah semakin habis. Tidak galak lagi seperti penghujung Jun dan awal Julai yang lalu. Durian yang galak berbuah bertimbun-timbun di pasar malam sudah merendah bukitnya. Ketika ke Muar untuk melihat persembahan nasyid peringkat kebangsaan, memang banyaklah durian di tei jalan. Apabila balik ke Kedah baru-baru ini pun, satu bas mengikut rombongan terus ke Pendang makan durian di rumah Ustaz Zaki Husin. Aku tidak mengikut mereka pun. Sebabnya kerana aku ini hanya menunggu saat kematian dengan kencing manisku ini. Kalau ditambah dengan durian itu, lagi cepatlah aku bertemu dengan Tok Wan aku dan juga Ustaz Arman yang sudah lama pergi.

Peghujung julai adalah musim yang sunyi dan sepi. Kerja di pejabat pun sudah reda. Adalah kerja ad-hoc yang datang sekali-sekala dan boleh diselesai dengan segera. Tugas-tugas SKT sudah selesai dan berjalan menunggu buku besar ditutup. Yang tidak selesai adalah kehidupan ini dengan simpang dan siurnya.

Perkara pertama yang mendatangkan masalah kepada hidup ini adalah berkaitan dengan shahwat juga. Berbagai-bagai kisah shahwat yang menjadi punca porak peranda alam ini. Kalau shahwat itu tidak melibatkan orang lain, bershahwatlah. Tetapi kalau shahwat itu memusnahkan ekologi sosial, maka penyubur-penyubur shahwat harus berfikir semula agar ekologi sosial tidak terjejas. Malanglah andainya shahwat diutamakan dalam masa slogan rakyat diutamakan ini. Bapak-bapak dan ibu-ibu yang memetingkan shahwat lebih daripada kebajikan dan masa depan anak-anak lalu anak-anak gagal di dalam pelajaran. Pelajaran anak-anak terganggu sehingga merunsingkan guru-guru pula memikirkan masa depan pelajaran anak-anak mangsa shahwat ibu dan bapa.

Para penshahwat ini bukanlah calang-calang orang. Mereka ini ada juga di kalangan ulamak-ulamak. Di kalangan imam masjid negeri dan masjid negara. Di kalangan ahli-ahli majlis ugama islam. Di kalangan guru-guru dan guri-guri agama. Demi menjaga status agamawan mereka, mereka sanggup memaksa pemangsa shahwat mereka supaya menyembunyikan perkahwinan mereka. Mereka berpesan supaya pernikahan mereka di seberang jangan diwar-warkan kepada orang ramai sebab takutlah martabat mereka jatuh. Sekiranya diwar-warkan akan jatuhlah pula talak kepada isteri mereka yang dijadikan pelepas shahwat mereka. Apakah kerana sistem perkahwinan islam yang dilaksanakan di Malaysia ketika ini banyak membuka ruang untuk bershawat secara sembunyi-sembunyi. Banyak perkara yang perlu dilihat semula di dalam sistem perkahwinan ketika ini. Isteri-isteri yang ditinggalkan perlu juga bershahwat. Tetapi stigma masyarakat kepada golongan penshahwat yang lebih daripada satu ini menghalang mereka mengiklankan perkahwinan mereka walau dijalankan di seberang secara sah dan berakad-nikah. Walaupun di dalam Quran disebutkan bahawa perkahwinan adalah untuk menjaga kebajikan anak yatim, tetapi andai dengan anak yatim itu pun disorokkan perkahwinan yang dilakukan senyap-senyap di sempadan, berhikmat lagikah perkahwinan?

Tajuk shahwat ini memang seronok dibualkan. Ada orang yang sudah beranak sedozen dengan nama anak mereka pun sukar diingati bercita-cita menambah alat shahwat mereka. Aku pun suka juga shahwat-menshahwat ini. Kalau diberi peluang mahu juga menjadi ahli kelab penshahwat. Memang bolehlah berlaku adil di dalam giliran malam pertama malam kedua. Tetapi apakah keadilah itu hanya dari sudut keadilan melepaskan peluru shahwat sahaja. Di dalam kitab Iqna' pun hanya giliran shahwat sahaja yang dibincangkan. Namun, pernahkah dibincangkan keadilan dari sudut perasaan anak yang sukar menerima perlakuan shahwat bapa mereka. Apabila ditanya kepada anak-anak mangsa penshahwat ini, terdapat di kalangan mereka yang berkata: Ustaz! Sekiranya membunuh bapa yang asyik bershahwat ini tidak berdosa, mahu saya membunuh bapa saya yang asyik bershahwat dengan isteri mudanya dan membiarkan ibu saya berendam air mata. Sekiranya ini berlaku, harus lagikah bershawat dua, tiga atau empat?

Seolah-olah lelaki ini tidak ada kerja lain kecuali bershahwat sahaja. Begitu juga dengan tindakan kerajaan negeri Islam yang menggalakkan lelaki bershahwat. Mahu memberi insentif kepada sesiapa yang bershahwat lebih. Wakil rakyatnya pun ada yang bershahwat lebih naik mahkamah turun mahkamah. Tidak cukup dengan itu, diberi anugerah pula kepada Abang Jem kerana berjaya bershahwat dengan adil. Tanggung jawab kerajaan bukanlah membuka ruang shahwat kepada rakyat. Banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. Membantu golongan lelaki di negerinya yang hanya mengulung kain supaya lebih bertanggung jawab kepada keluarga, menggalakkkan kebersihan rakyat. Tetapi taraf kebersihan negeri tersebut sama kotornya dengan tandas di negara Arab. Kalau rakyat hendak bershahwat lebih daripada satu, biarlah menjadi kehendak individu, bukannya mendapat galakan daripada kerajaan. Kerajaan sepatutnya mendidik ketua keluarga menjadi ketua yang bertanggungjawab kepada keluarga, bukan bertanggungjawab kepada shawatnya semata-mata.

Shahwat didahulukan. Cincin berlian diutamakan. Sekian. Terima kasih.