Tuesday, September 27, 2011

Tajuk-tajuk Karangan Bahasa Arab Peringkat SPM

Berikut ini saya senaraikan tajuk-tajuk untuk aktiviti penulisan karangan Bahasa Arab untuk Tingkatan 4 dan 5. Guru-guru dan murid boleh menyumbangkan karangan anda untuk kita kongsi bersama di dalam ruangan ini. Untuk peringkat permulaan, karangan itu boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan saya akan cuba tejemahkan ke dalam bahasa Arab. Sekiranya hendak menulis dalam bahasa Arab, saya alu-alukan dan saya akan cuba buat analisis kesilapan supaya karangan itu betul dari segi bahasa, struktur dan wacananya.

Untuk maklumat semua, tajuk-tajuk ini saya ekstrakkan daripada buku teks tingkatan 4 (1st ed.2010) dan tingkatan 5 (1st.Ed2011).


Tingkatan 4

1. Cerita pendek tentang cuti sekolah
2. Saya cinta keluarga saya
3. Tanggungjawab anak terhadap keluarga
4. Usaha tangga kejayaan
5. Peranan pemuda dalam pembinaan masa depan negara.
6. Surat aduan pencemaran udara
7. Panaroma kampung
8. Hari Raya
9. Khutbah Hari Raya
10. Haji : perhimpunan tahunan umat islam
11. Kebaikan teknologi moden kepada kanak-kanak.
12. Malaysia Maju 2020.
13. Malaysia sebagai pusat sains dan teknologi.
14. Surat: Produk Malaysia
15. Usaha kerajaan menghadapai globalisasi ekonomi.
16. Hari Raya Haji
17. Pemuda Harapan bangsa, pemudi tiang negara.
18. Industri kraftangan Malaysia
19. Usaha kerajaan untuk kebahagiaan rakyat
20. Cerpen: Pergaulan yang baik di kalangan pelajar sekolah
21. Proses Pengundian di Malaysia.
22. Tunku Abdul Rahman: Bapa Kemerdekaan Malaysia.
23. Usaha kerajaan ke arah kestabilan politik di Malaysia.
24. Negara Aman Makmur
25. Tun Abdul Razak
26. Membeli-belah di Malaysia.
27. Lawatan ke Melaka
28. Usaha kerajaan mempromosi pelancongan.
29. Laporan: Lawatan
30. E-Mel: maklumat universiti di luar negara
31. Khidmat Negara
32. Carta pai: pertanian 10%, Industri 73%, Minyak dan Gas 13%, Lainlain 3%.
33. Surat: Taklimat kepada pelancong ke Kuala Lumpur dari KLIA.

Tingkatan 5

1. Tempat pelancongan di Malaysia.
2. Barang tempatan dan barang impot.
3. Peranan masyarakat menyatupadukan umat.
4. Bersatu asas kekuatan.
5. Cerpen: Membantu orang tua.
6. Toleransi dalam masyarakat.
7. Peranan pelajar menyatupadukan umat.
8. Perbualan telefon: Perkhemahan Bulan Sabit Merah.
9. Peribahasa: Mencegah lebih baik daripada mengubati.
10. Kebaikan mempelajari bahasa Arab dan Inggeris.
11. Kesan Globalisasi di dalam perkembangan telefon.
12. Peribahasa: Jiran sebelum kediaman.
13. Kepentingan hidup berjiran.
14. Menyayangi binatang.
15. Laporan: Projek Amal di rumah anak yatim.
16. Pergaulan yang baik kasih sayang berkekalan.
17. Laporan: Projek Penjagaan Alam Sekitar di Sekolah.
18. Budaya Tolong Menolong di Sekolah.
19. Kesan Facebook ke atas murid sekolah.
20. Peribahasa: Alangkah baik sekiranya dunia dan akhirat seiring.
21. Kebaikan Program Pertukaran Murid.
22. Projek Pemodenan Ekonomi.
23. Peribahasa: Sekiranya Tiada Kesepaduan, Rosaklah Insan.
24. Laporan: Aktiviti Kokurikulum.
25. Kebaikan Aktiviti Kokurikulum kepada pelajar.
26. Masyarakat Malaysia Lemah Lembut.
27. Malaysia: Dulu, Kini dan Selamanya.
28. Cerita: Persediaan menyambut hari raya.
29. Laporan: lawatan ke tempat bersejarah.

33 tajuk di Tingkatan 4 dan 29 tajuk di Tingkatan 5, kalau mengikut pengalam saya, tidak akan sempat dilakukan oleh semua murid. Guru yang biasa-biasa macam saya ini juga akan mati untuk menyemak semua murid yang menulis semua karangan di atas. Guru-guru super saya tidak tahulah. Mereka mungkin mampu.

Justeru, apa yang perlu dilakukan adalah membentangkan tajuk-tajuk ini kepada murid dan membiarkan murid memilih tajuk yang mereka suka. Sekiranya ada tajuk yang tidak dipilih, usahlah gusar. Bukan salah murid tersebut, tetapi kita yang salah memberi tajuk yang mereka tidak minat dan tidak sesuai dengan murid. Pendidikan moden adalah mengajar apa yang murid suka, bukan memaksa menerima apa yang ingin kita ajari.

Kepada murid-murid, sila hantarkan karangan dengan cara menulis di dalam ruangan komen sama ada dalam bahasa Melayu atau Arab. Insya Allah, saya akan cuba menterjemah karangan bahasa Melayu dan akan membetulkan karangan Arab anda. Marilah kita bersama menyumbang ke arah perkembangan bahasa Arab di Malaysia.

Sekian. Terima kasih.

3 comments:

  1. salam. sy ingin meminta cg. untuk menterjemahkan karangan sy jika cg. tidak keberatan dan mohon komen tentang karangan yang sy tulis ini. tajuk karangan ini tentang sahabat yang menghidapi denggi dalam buku teks BA tingkatan 5 di muka surat 60 nombor 2.

    saya: assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai kawanku !
    adam: waalaikumusslam warahmatullahi wabarakatuh wahai amin.
    saya: apa khabar awak hari ini? saya harap awak sudah beransur pulih. saya juga bawakan sedikit buah tangan untuk awak.
    adam: terima kasih! alhamdulillah, mengikut kata doktor saya sudah semakin pulih.
    saya: terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan takziah atas apa yang menimpa awak. semoga awak dapat bersabar.
    adam: alhamdulillah, apa yang menimpa saya ini semuanya dugaan allah kepada hambanya.
    saya: sebagai seorang kawan, saya ingin menasihati awak supaya rajinkanlah mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor.
    adam: baiklah. terima kasih kepada jururawat yang selalu mengingatkan saya supaya mengambil ubat.
    saya: lega saya mendengarnya. seterusnya, awak jangan lupa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. jangan membuat kerja yang berat.
    adam: di hospital, saya dijaga dengan baik sekali. saya hanya berehat di sini.
    saya: doa saya kepada awak semoga Allah menyembuhkan awak dan awak dapat keluar dari hospital ini.
    adam: terima kasih atas nasihat-nasihat dan doa awak itu. insyaallah dengan izin Allah.
    saya: baiklah. saya ingin pulang sekarang. awak berehatlah.
    adam: awak juga jaga diri baik-baik.
    saya: insyaallah. assalamualaikum.
    adam: waalaikumussalam.

    jika cg. tidak keberatan saya inginkan karangan ini diterjemahkan secepat yang mungkin ataupun esok hari isnin. terima kasih ! :D
    semoga Allah merahmati cg. dan keluarga !

    ReplyDelete
  2. soalan 25 faedah koko
    terjemahan dlm bahasa arab
    mohon bantu tq :)

    ReplyDelete