ABU HASSAN AL-ASYAARI ialah bapa Ilmu Kalam Sunni (Reynold A.
Nicholson, The Literary History of The Arabs). Beliau merupakan Hujjat
al-Islam (Ignaz Goldziher, al-Aqidah wa al-Syariah). Namanya ialah Ali
bin Ismail bin Ishak dan keturunannya berakhir pada sahabat Rasulullah
S.A.W, Abu Musa al-Asyaari. Al-Asyar ialah salah satu kabilah Arab
yang berasal dari Yaman Selatan. Al-Asyar ialah Nabt bin Adad yang
berakhir pada Yaarab bin Qahtan.
Kebanyakan sumber mengatakan bahawa beliau dilahirkan di Basrah.
Sebuah bandar yang memang sudah terkenal sebagai medan pemikiran dan
kebudayaan antarabangsanya. Beliau dilahirkan pada tahun 260H/873M
(Ibn al-Nadem, al-Fahrasat – al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad –
Ibnu Asakir, Tabyin Kazb al-Muftari – Ibnu Khalikan, Wafayat al-A’yan
– Ibn al-‘Imad, Syazarat al-Dzahab).
Beliau belajar al-Usul al-Khamsah (Rukun Iman al-Muktazilah) daripada
gurunya yang juga merupakan bapa tirinya, Abu Ali al-Jubbai
(303H/915M) yang merupakan seorang ulama al-Muktazilah di Basrah. Abu
al-Hassan bin Muhammad al-Askari berkata: al-Asyaari merupakan murid
al-Jubbai. Dia belajar, menuntut dan mengambil ilmu daripadanya.
Beliau tidak pernah berenggang dengan al-Jubbai selama 40 tahun (Ibnu
Asakir, Tabyin Kazb al-Muftari).
Taj al-Din al-Subki pula berkata: al-Asyaari punyai kudrat yang jauh
lebih banyak daripada gurunya, al-Jubbai. Beliau adalah seorang
penulis. Tetapi beliau kurang mahir di dalam perbahasan. Sekiranya
timbul sesuatu isu yang memerlukan perbahasan, al-Jubbai akan berkata
kepada al-Asyaari: Biarkan aku sahaja yang menggantikanmu (al-Subki,
Tabaqat al-Syafieyyah).
al-Asyaari mahir di dalam Ilmu Fekah, Usul al-Din dan masalah-masalah
khilaf. Beliau belajar Ilmu Fekah daripada Abu Ishak al-Maruzi. Kata
al-Subki: Bukan sebuah buku yang mengatakan beliau belajar Fekah
Syafei daripada Abu Ishak al-Maruzi. Dan Abu Ishak pula belajar Ilmu
Kalam daripadanya. Sebab itulah beliau sering ada di dalam majlis Abu
Ishak (al-Subki, Tabaqat al-Syafeiyyah).
Beliau juga meriwayatkan hadis daripada ulama-ulama yang sezaman
dengannya seperti Ibnu Khalifah al-Jahmi, Sahl bin Nuh, Muhammad bin
Yaakob al-Maqri dan Abd al-Rahman bin Khlaf al-Dhabbi terutama di
dalam kitab tafsirnya, al-Mukhtazin (al-Subki, Tabaqat al-Syafeiyyah).
Selepas kematian gurunya, al-Jubbai, al-Asyaari berpindah ke Baghdad
dan meninggal di sana. Ibnu Hazem al-Andalusi mengatakan bahawa beliau
meninggal dunia pada tahun 324 (Lihat al-Subki, Tabaqat
al-Syafeiyyah).
Bab Kedua: Buku-buku Karangan al-Asyaari
Doktor Abd al-Rahman al-Badawi cuba mengemukakan senarai lengkap
buku-buku karangan al-Asyaari dengan menyatakan bilangan buku yang
disenaraikan sendiri oleh al-Asyaari di dalam al-Amd. Ibnu Asakir
berkata bahawa bilangan buku-buku al-Asyaari ialah 69 buah. Ibnu
Asakir mengambil jumlah ini daripada Abu Bakar bin Fork yang berkata:
Inilah buku-buku yang ditulis olehnya sehingga tahun 320H. Jumlah ini
tidak termasuk percakapannya yang disalin oleh orang lain lalu dibuat
buku dan juga jawapan-jawapan tentang berbagai-bagai masalah.
Selepas itu beliau hidup sehingga tahun 324H. Dan pada masa itu ada
lagi buku-buku lain yang dikarangnya. Disebutkan bilangannya ialah
sebanyak 26 buah. Kata Ibnu Asakir: Inilah bilangan yang disebutkan
oleh Ibnu Fork. Dan ada juga buku karangannya yang pernah saya lihat
tetapi tidak ditulis oleh Ibnu Fork. Dia menambah 3 buah buku lain
menjadikan jumlahnya 98 buah (Ibnu Asakir, Tabaqat al-Syafeiyyah).
Di antara buku-buku ini yang telah dicetak sehingga sekarang ialah:
1. al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah: Dicetak pada kali pertama di
Haydarabad, India pada tahun 1321H dan diulang cetak pada tahun 1367H.
Kemudian cetakannya muncul di Kaherah pada tahun 1348H. Buku ini telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh W.C. Klein di bawah tajuk
The Elucidation of Islam’s Foundation, New Haven, 1940, American
Oriental Series, Volume 19. Selepas itu W. Thompson melakukan
ulang-kaji yang berupa kritikan kepada terjemahan ini di dalam majalah
Islamic World bilangan yang ke-32, tahun 1942.
Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari mengkritik cetakan yang tersebar di
kalangan pembaca. Katanya: Cetakannya telah diselewengkan.
Tangan-tangan yang berdosa telah mempermainkannya. Buku ini harus
dcetak semula berpandukan manuskripnya yang asal (Lihat nota kaki buku
Tabyin Kazb al-Muftari yang dikemaskini oleh beliau).
Goldziher pula mengatakan: Buku ini merupakan buku panduan utama bagi
sesiapa yang ingin mengetahui sejarah akidah Islam. Seterusnya dia
berkata: Di dalam buku ini, beliau mengemukakan pendapat mazhabnya
yang muktamad. Apa yang dikatakan oleh Goldziher ini telah pun
diperkatakan oleh ulama-ulama Hanbali sejak dahulu lagi. Mereka
mengatakan bahawa al-Ibanah ialah bukti yang muktamad tentang
kepulangan al-Asyaari kepada mazhab salaf dan ahli Hadis. Beliau juga
telah menanggalkan terus metodologi Ilmu Kalam (Lihat Hamad bin
Muhammad al-Ansari, Abu al-Hasan al-Asyaari).
2. Risalatu fi Istihsan al-Khaudz fi al-Kalam: Juga dicetak buat
pertama kali di Hydarabad, India. Cetakan pertama ialah pada tahun
1323H. Manakala cetakan kedua pula pada tahun 1344H. Kemudian diulang
cetak dengan terjemahan di dalam bahasa Inggeris oleh Father Richard
Joseph Macarthy al-Yasu’i. Buku ini turut juga disertakan bersama-sama
terjemahan sebuah lagi buku al-Asyaari yang bertajuk al-Luma’.
Macarthy melihat: Buku ini boleh jadi bukan karangan al-Asyaari.
Tetapi buku ini merupakan karya ulama-ulama yang terkemudian daripada
al-Asyaari. Kemudian dia berkata: Namun begitu, pada waktu ini saya
merasa cenderung bahawa risalah ini adalah satu pameran yang benar
bagi pemikiran al-Asyaari di dalam perkara ini. Di kebanyakan tempat
walaupun tidak di semua tempat.
Begitu juga dengan pendapat Doktor Abd al-Rahman al-Badawi yang
mengatakan bahawa risalah ini ditulis oleh ulama-ulama Asyaari yang
terkemudian sedikit daripada zaman al-Asyaari sendiri. Katanya:
Masalah mencebur diri (al-Khaudz) di dalam Ilmu Kalam atau
berpegang-teguh dengannya ialah masalah yang datang selepas zaman
al-Asyaari.
Saya berpendapat bahawa pendapat ini ialah pendapat yang tidak betul.
Hal ini demikian kerana masalah dalil akal di dalam akidah Islam
merupakan perkara yang menjadi punca perbalahan yang sengit di
sepanjang zaman. Semenjak kemunculan al-Muktazilah lagi. Selepas itu
muncul pula di kalangan pengikut madrasah-madrasah Ilmu Kalam dan
pembantu-pembantu golongan Salaf yang mengharamkan
pengikut-pengikutnya berkecimpung di dalam masalah-masalah akidah
dengan alasan bahawa menceburkan diri di dalam masala-masalah ini
bid’ah. Agama bagi mereka tidak boleh diambil daripada sumber lain
kecuali daripada Syarak. Akal bagi mereka – seperti kata Ibnu Khaldun
– terpisah daripada melihat di dalam Usul al-Din (Ibnu Khaldun,
al-Muqaddimah).
3. al-Luma’ fi al-Raddi ‘ala Ahl al-Zaigh wa al-Bida’: Diterbitkan
oleh Father Richard Joseph Macarthy al-Yasu’i di Beirut pada tahun
1953M beserta terjemahannya di dalam bahasa Inggeris yang bertajuk The
Theology of al-Asyaari. Cetakannya yang kedua pula muncul di Kaherah
yang diselia oleh Doktor Hamoudeh Gharabeh yang diletakkan di depan
risalahnya tentang al-Asyaari dan mazhabnya pada tahun 1953.
Sebahagian daripada buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Jerman oleh J. Hell dengan tajuk Von Muhammed bis Ghazali.
4. Maqalat Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musollin: Diterbitkan oleh Helmut
Ritter pada tahun 1929M-1930M di Istanbul yang merangkumi kumpulan
terbitan-terbitan Islam di dalam 2 jilid. Dia merujuk 5 manuskrip
ketika menerbitkan buku ini. Kemudian, buku ini dikeluarkan pula oleh
Mahy al-Din Abd al-Hamid tanpa kritikan di Kaherah di antara tahun
1950-1954.
5. Risalah yang ditulis kepada penduduk-penduduk sempadan di Bab
al-Abwab: Diterbitkan oleh Qawam al-Din di dalam jilid ke-7 tahun 1928
daripada Ilahiyet Fakulti Majmui di Istanbul.
Bab Ketiga: Akidah al-Asyaari
Montgomery Watt mbahawaal-Asyaari berada di penghujung sejarah Ilmu
Kalam dan permulaan lembaran baru yang mengiringinya. Ini bermaksud
bahawa usaha yang dilakukan oleh al-Muktazilah untuk sampai ke
tkeseimbanwahyu dan akal telah gagal. Hal ini demikian kerana mereka
terlalu berlebih-lebihandi dalam menggunakan akal sehingga berakhir
kepada – seperti kata ulama-ulama al-Asyaairah yang terkemudian –
penetapan akidah yang berpunca daripada buatan akal (A Crade Rational
Dogma). Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang beku, hilang
kebenaran dan hilang perasaan sebagai makhluk di depan Allah Taala
(Lihat W.M. Watt, Predestination and Free Will in Early Islam).
Ketika memperkatakan tentang pengikut-pengikut al-Jubbai,
al-Syahrustani berkata: Mereka menetapkan syariah akal. Dan menolak
syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W serta menolak ketaatan
yang tidak sealiran dengan akal (al-Syahrustani, al-Milal wa
al-Nihal).
Inilah juga yang dikatakan oleh al-Ghazali sebagai: Perkara-perkara
berkenaan ketuhanan mestilah sesuai dengan al-Muktazilah (al-Ghazali,
Ihya Ulum al-Din dan al-Iqtisad fi al-I’tiqad).
Daripada kritikan terhadap riwayat yang memperkatakan tentang
keluarnya al-Asyaari daripada al-Muktazilah, kelihatan bahawa
al-Asyaari menemui jalan buntu di dalam metodologi al-Muktazilah.
Kadang-kala beliau merasa bingung dan bimbang. Ada kala beliau merasa
dalil-dalil sudah cukup dan pada ketika yang lain beliau melihat di
dalam mimpinya.
Ahmad bin al-Husein berkata: Saya telah mendengar rakan-rakan saya
mengatakan: Bilamana Syeikh Abu al-Hasan al-Asyaari yang dirahmati
Allah telah mahir di dalam Ilmu Kalam al-Muktazilah sehingga sampai ke
puncaknya, beliau bertanya kepada dua orang gurunya di dalam satu
pelajaran. Namun, beliau tidak mendapati jawapan yang dapat memuaskan
hati daripada kedua-duanya. Soalan itu bersangkutan dengan prinsip
kewajipan melakukan sesuatu yang lebih baik dan nama-nama Allah.
Adakah perkara ini merupakan ketentuan daripada Allah ataupun
sumbernya daripada kiasan bahasa.
Ada sesetengah riwayat menceritakan bahawa beliau telah berkata: Pada
suatu malam dadaku dihempap sesuatu. Lalu aku pun bangun dan
mengerjakan solat dua rakaat. Aku mendoakan agar Allah memberikan
petunjuk kepadaku. Selepas itu aku pun tidur. Di dalam tidurku, aku
melihat Rasulullah S.A.W. lalu aku pun mengadulah kepadanya tentang
masalah yang sedang aku hadapi. Baginda pun bersabda kepadaku:
Berpeganglah dengan sunnahku (Ibnu Asakir, Tabaqat al-Syafeiyyah).
Ada juga yang mengatakan cerita ini hanyalah legenda semata-mata
(Ignaz Goldziher, al-Aqidah wa al-Syariah). Dan mimpi ini bertentangan
dengan realiti kerana perasaan syak ini bermula dan bertambah-tambah
sehingga membawa kepada perubahan dan perisytiharan yang rigid. Ini
bertentangan dengan pandangan yang hampir-hampir memberi gambaran
tentang perubahan yang menggejut (Abdul Rahman Badawi, op. cit., 497).
Manakala Montgomery Watt pula mengatakan bahawa Ilmu Psikologi
mengharuskannya. Mimpi serta pandangan sewaktu tidur ini merupakan
perasaan bimbang yang wujud yang telah sampai ke kemuncaknya lalu
membawa kepada perubahan yang tidak disangka-sangka (Montgomery Watt,
op. cit., 137).
Henry Bergson berkata: (Penglihatan, bayangan di dalam mimpi dan
khabar yang baik melalaui mimpi ialah keadaan yang pelik. Keadaan ini
merupakan keadaan yang berada di luar dugaan. Disertai dan didahului
oleh keadaan kebangkitan kerana keadaan ini merupakan sejenis sakit.
Keadaan ini senang kalau kita dapat gambarkan sebagai perubahan
menggejut yang bermula daripada keadaan senyap kepada pergerakan.
Daripada tertutup kepada terbuka (Bergson, Manba'aa al-Din wa
al-Akhlaaq, terjemahan Arab oleh Doktor Saami al-Droubii, al-Haiah
al-Misriayyah li al-Ta'lif, 229).
- Dan barangkali, realiti juga kalau kita berhenti seketika merenung
hakikat pendirian al-Asy'aari dan peranannya di dalam mengasaskan
(pengharusan dalil akal) di dalam usul keimanan yang tetap yang telah
disampaikan secara wahyu. Hal ini boleh dilihat menerusi takrif dan
peringatan ke atas tajuk-tajuk perbezaan di antaranya dengan
al-Muktazilah yang telah diperincikan oleh buku-buku yang menceritakn
tentang beliau.
0 comments:
Post a Comment