Rencana di dalam Majalah ZDMG yang bertajuk Ueber das Traditionswesen bei den Araben, 5:1-17, 1856 Oleh: August Sprenger
BENARLAH kata Ibnu Qutaibah bilamana dia berkata di dalam bukunya
al-Kamal fi Asma al-Rijal: Umat-umat lain tidak mempunyai sandaran
perkataan seperti sandaran mereka (umat Arab). Sebenarnya ilmu riwayat
(secara lisan) merupakan ciri yang hanya terdapat di dalam Islam.
Tetapi, hanya sedikit daripada para orientalis yang meletakkannya di
tempat yang sebenar dan memahaminya dengan betul.
Sekiranya diterjemahkan perkataan al-Riwayat ini ke dalam bahasa Arab,
perkataan ini akan memberi erti: Ilmu Hadis. Dan setiap hadis terdiri
daripada dua juzuk: Sanad (sandaran) dan matan (isi). Riwayat telah
berkembang di kalangan Arab kerana mereka amat memelihara syariat. Hal
ini demikian kerana orang-orang Timur (Arab) menunggu seorang Nabi
yang bukan hanya mengajar mereka ilmu agama, tetapi mengasaskan kepada
mereka perlembagaan untuk negara mereka. Dia juga akan membekalkan
mereka dengan undang-undang sivil dan jenayah, mengajar mereka suruhan
dan larangn yang bersangkut-paut dengan kehidupan seharian mereka.
Mengajar mereka bagaimana berpakaian, menggunting rambut, menyikat
janggut dan mengetip kuku. Apakah yang perlu mereka makan dan minum.
Dan dapat diketahui bahawa al-Quran tidak dapat memenuhi semua
kehendak ini. Untuk menutup kekurangan ini, tidak dapat tidak
perawi-perawi ini meriwayatkan perkataan dan perbuatan Nabi. Pada
permulaannya, orang menganggap al-Quran sahaja tidak cukup untuk
dijadikan syariat. Saya telah membaca di dalam buku al-Misykat
(Terjemahan Inggeris, 2:71) bahawa al-Mughirah bin Syu'bah telah
meriwayatkan kepada Abu Bakar satu hadis tentang satu hukum syarak.
Lalu Abu Bakar bertanya kepadanya: Adakah orang lain juga mendengar
hadis ini? Hadis itu tidak dipakai kecuali setelah diakui oleh
Muhammad bin Maslamah.
Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah membuka negeri Syam, Parsi dan
Mesir. Keadaan di negari-negeri ini lebih rencam daripada apa yang
terdapat di Mekah dan Madinah. Sudah menjadi suatu kemestian ada-ada
sahaja kes yang dihadapkan ke mahkamah setiap hari. Penghakiman
biasanya dilakukan oleh para sahabat Nabi sendiri. Setengah-setengah
kes tidak terdapat hukumnya dai dalam al-Quran. Jadi ketika itu mereka
mengambil kira pula kata-kata Nabi Muhammad. Janganlah kita terkejut
sekiranya kita dapati prinsip penyaksian terkenal di dalam sandaran
hadis. Sekiranya datang seseorang mengambil dalil daripada kata-kata
Nabi yang tidak pernah di dengar oleh kadi, dia patut pula menyebut
dariapada siapa yang diambil hadis itu. Disyaratkan pula orang yang
memberitahunya itu boleh dipercayai. Cebisan kertas yang tertulis
hadis pula tidak dipakai sebagai bukti. Dan ulama hadis tidak
mempercayai hadis yang tidak diriwayatkan melalui hafalan, tetapi
hanya melalui tulisan. Imam Malik bin melihat (disebutkan di dalam
buku al-Kamal): al-Shiha berkata: Malik bin Anas telah disoal:
Bolehkan diambil ilmu daripada orang yang tidak menghafalnya dan dia
boleh dipercayai? Malik menjawab: Tidak! Katanya lagi: Dia telah
menulis dan berkata: Aku telah mendengarnya, dan dia boleh dipercayai?
Kata Malik: Tidak boleh diambil daripadanya. Aku takut dia menambah
sesuatu di dalam hadis itu pada waktu malam.
Dan di antara sifat ketakwaan sehingga detik terakhir daripada
kehidupan Nabi Muhammad, ketika bertemu dua orang daripada orang-orang
yang beriman, mereka akan bertanya sesama mereka: Adakah awak
mempunyai sesuatu yang (baru) - Hal min hadith?- (inilah yang
dipanggil hadis) - Lalu dia pun menyebutlah perkataan dan perbuatan
Nabi. Sifat ini berlarutan sehinggalah kewafatan Nabi. Dan dinamakan
jawapannya dinamakan hadis walaupun selepas itu tidak lagi baru.
Dan saya juga mendapati sifat ini pada zaman selepas itu. Pada tahun
796H, Ibnu Uquli al-Baghdadi telah datang ke Damsyik. Orang yang
pertama melawatnya ialah Ibrahim al-Halabi pada hari Ahad, 24
Ramadhan. Soalan pertama yang dilontarkan kepada Ibnu Uquli selepasa
memberi salam ialah adakah dia meriwayatkan hadis? Al-Halabi telah
meriwayatkan hadis daripada ingatannya beberapa muka saurat daripada
Bukhari termasuk dengan sandarannya sekali. Hal ini juga pernah
berlaku di Perancis. Di dalam majlis yang selalu diadakan oleh
keluarga Borbourn, seringkali diceritakan tentang lawak-jenaka di
dalam negeri Lois XIV menggantikan perkataan seharian beliau.
Walaupun perkataan Nabi selalu disebutkan di dalam pelbagai majlis,
tetapi penggunannya masih terhad di hadapan kadi yang memberikan hadis
nilai ilmiahnya. Saya menjangka bahawa perkatan-perkataan Nabi dilihat
di dalam kehidupan rasul sama dengan pandangan rasmi selepas
kehidupannya di tempat yang jauh dari Madinah. Perkataan-perkataannya
sentiasa diulangi dan dikira sebagai syariat. Dan hadis berikut yang
diriwayatkan oleh Baihaqi menguatkan kata saya: Allah akan menolong
seseorang lelaki yang mendengar daripadaku satu perkataan lalu dia
menyampaikannya seperti mana yang didengarinya. Dan terdapat pula di
dalam buku Sunan al-Baihaqi empat hadis yang memberi peringatan bahawa
sesiapa yang sengaja mereka-reka hadis akan masuk neraka. Dan daripada
semua ini kita dapati bahawa riwayat hadis telah mula membentuk satu
etika jelas.
Semenjak kurun ke-3, hadis mula diriwayatkan secara tulisan kecuali
kecuali hadis-hadis yang telah terkenal di dalam buku-buku himpunan
hadis. Misalnya di dalam buku al-Sunan al-Kabir terdapat bebrapa hadis
Bukahri dan Muslim yang serupa. Tetapi sebenarnya hadis-hadis ini
ialah satu tanpa melihat perbezaan dari segi nas. Tetapi saya
berpendapat dia dan juga orang-orang lain bukan sengaja berbuat begitu
sekiranya para pembaca mampu merujuk kepada sebuah buku yang terkenal
untuk mendapatkan satu riwayat yang betul. Dan sebelum kurun ke-3 pun,
pendapat-pendapat di dalam perkara ini berbeza. Bagi al-Hasan
al-Basri, al-Sa'bi, Ibrahim dan Wathilah bin al-Asqa' adalah memadai
dengan makna tanpa lafaz.
Al-Syeikh Ahmad bin Hanbal (241H) melihat bahawa hadis yang
diriwayatkan secara yang boleh diterima akal mempunyai kekuatan untuk
dijadikan bukti. Dan dari sini, kita dapat membaca di dalam buku
Bustan al-Arifin seperti berikut: Dan daripada para sahabat, ada yang
berkata: Apabila kami berkata kepada kamu dengan makna, maka sudah
cukuplah. Tetapi ada juga orang-orang lain yang terlalu memelihara
riwayat hadis. Al-Syeikh Ahmad bin Hanbal berkata: Aku melihat ayahku
apabila dibacakan hadis kepadanya yang tertulis: "Daripada Nabi SAW"
lalu dibaca "Daripada rasul SAW", dia akan memukulnya. Dan dia telah
menulis "Daripada rasul SAW" (Penulis memahami ayat ini secara
songsang. Dikatakan ayah Imam Ahmad terlalu teliti dengan menukar
perkataan Nabi menjadi perkataan Rasul. Tetapi nas ini bermaksud ayah
Imam Ahmad menggantikan perkataan yang tertulis dengan apa yang
dikatakan oleh Muhaddith).
Dan Abu Darda (32H) dan Anas bin Malik pula sentiasa menambah
perkataan (atau seperti mana yang disabdakan oleh Nabi - aw kama qala
al-Nabi).
Pada zaman permulaan, dijangkakan para periwayat hadis menghafal
sandaran hadis yang diriwayatkannya. Tidak kiralah sama ada hadis itu
dituliskan atau tidak. Orang-orang Islam pada waktu itu bersemangat
untuk menghafal hadis. Dan dari sinilah ramai orang telah menghafal
satu jumlah yang banyak daripada hadis. Diriwayatkan bahawa Abu Zar'a
telah menulis di dalam rumahnya 100000 (seratus ribu) hadis yang juga
dihafalnya. Dikatakan juga bahawa selepas Imam Ahmad meninggal dunia,
terdapat sebanyak 12 pikul kertas yang bertulis hadis. Dan hadis-hadis
ini pula telah pun dihafalnya.
0 comments:
Post a Comment