Tuesday, December 16, 2014

Sense of Guilty

Francis "Dua Pistol" Crowley (31 Oktober, 1912 - 21 Januari 1932) adalah seorang pembunuh dan penjenayah yang terkenal dalam sejarah Amerika. Kisah pemburuannya berlangsung hampir tiga bulan, yang berakhir pada bulan Mei 1931. Penangkapan remaja berusia 19 tahun ini oleh Polis New York disaksikan oleh 15,000 penonton dan mendapat perhatian di seluruh dunia. 

Francis Crowley dilahirkan di New York City pada 31 Oktober, 1912. Beliau adalah anak kedua daripada ibu Jerman yang tidak berkahwin. Beberapa spekulasi mengatakan bahawa bapa Crowley adalah seorang pegawai polis, yang mungkin telah membawa kebenciannya kepada polis ketika dia dewasa. Pada tahun 1925, John saudaranya terbunuh berikutan konfrontasi dengan pegawai polis selepas didakwa menentang penangkapan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh. (John Crowley telah terlibat dalam pembunuhan Pegawai NYPD Maurice Harlow pada 22 Februari 1925.)  Ketika remaja, beliau mempunyai reputasi sebagai remaja bermasalah dan mempunyai banyak rekod jenayah.

Pada tanggal 7 Mei, 1931, perburuan penjahat paling sensasi di kota New York yang pernah dicatat dalam sejarah Amerika Syarikat akhirnya sampai pada kemuncaknya. Setelah berminggu-minggu pencarian, Francis Crowley si “Dua Senjata” – Sang pembunuh, perompak bersenjata yang tidak merokok dan tidak minum minuman keras – berada dalam posisi bertahan, terperangkap dalam apartmen kekasihnya di West End Avenue.

Seratus lima puluh polis dan detektif mengepung tempat persembunyiannya. Mereka membuat lubang-lubang di bumbung; mereka berusaha memancing keluar Crowley, si “Pembunuh Polis,” dengan gas pemedih mata. Kemudian mereka menyiapkan senapang mesin di kedai-kedai sekitarnya, dan selama lebih dari satu jam, New York dipenuhi letupan senjata. Crowley merangkak di belakang kerusi, membalas tembakan polis tanpa henti. Sepuluh ribu orang terpegun menyaksikan pertempuran ini. Belum pernah kejadian seperti ini terjadi di pinggir jalan New York.

Ketika Crowley tertangkap, Pesuruhjaya Polis E.P. Mulrooney menyatakan bahawa Si Dua Senjata merupakan salah satu dari penjenayah paling berbahaya yang pernah tercatat dalam sejarah New York, “Dia akan membunuh,” ujar Pesuruhjaya, “hanya kerana jatuhnya sehelai bulu.”
Tapi bagaimana Crowley si “Dua Senjata” memandang dirinya sendiri ? Kita tahu, kerana ketika polis menyerbu masuk ke apartmennya, dia menulis sepucuk surat yang ditunjukkan “Untuk mereka yang berkepentingan.” Dan ketika dia menulis, darah mengalir dari lukanya meninggalkan jejak merah di kertas. Dalam surat ini, Crowley berkata : “Di sebalik pakaian saya ada sebuah hati yang letih, tapi sebuah hati yang baik – yang tidak pernah melukai siapa pun.”

Beberapa saat sebelum hal ini terjadi, Crowley baru saja mengadakan pesta dengan kekasihnya di pinggir jalan Long Island. Tiba–tiba seorang polis muncul menghampiri kereta dan meminta: “Sila tunjukkan lesen memandu anda.”

Tanpa berkata sepatah pun, Crowley menarik picu senjatanya dan menembak polis itu hingga mandi darah. Tatkala polis yang menjadi korban itu jatuh, Crowley melompat keluar dari kereta, merampas senjatanya, dan menembak sebutir peluru lagi ke tubuh yang tidak berdaya itu. Dan itulah si pembunuh yang berkata :“Di sebalik pakaian saya ada hati yang letih, tapi sebuah hati yang  baik , hati yang tidak pernah menyakiti siapapun.”

Crowley di hukum mati di kerusi elektrik. Ketika dia dibawa ke penjara Sing Sing, dia berkata, “Ini yang saya peroleh kerana membunuh orang-orang?” Tidak, dia berkata :“Ini yang saya peroleh kerana membela diri.”

Hal penting daripada kisah ini adalah “Crowley si Dua Senjata tidak menyalahkan dirinya sendiri” . Semua orang tidak suka dilihat sebagai bersalah. Dan penjenayah tidak pernah menyalahkan diri mereka sama sekali.